MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN
SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN
AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-34
Khamis, 15 Rabiulawal 1446 bersamaan 19 September 2024
Bandar Seri Begawan - Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan petang tadi mengadakan Majlis Membaca
Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit
binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,
Bandar Seri Begawan. Majlis adalah bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei
Darussalam Ke-34 Tahun 2024.
Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam
Hadir sama di majlis petang tadi ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz
Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam
Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam
Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam
Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan,
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian
Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi)
Kementerian Pendidikan; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam; Rektor Universiti Islam Sultan
Sharif Ali; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta ketua-ketua Jabatan dan para pegawai kanan
Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.
Bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janip / Rosli, Pegawai
Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung
Tamoi. Diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.
Seramai 500 orang terdiri daripada para pegawai kanan dan pegawai serta guru-guru dari institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri Majlis
Membaca Surah Yasin dan Tahlil tersebut.
Tema bagi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Ke-34, Tahun 2024 ialah Guru Berkualiti Pemacu
Transformasi Pendidikan.