MUNAJAT KHAS ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE-153 DENGAN
KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-34, 2024
Negara Brunei Darussalam, Sabtu, 24 Rabiulawal 1446 bersamaan 28 September 2024 – “Terdapat banyak cara untuk memperolehi keberkatan dan salah satunya ialah memuliakan dan
menghormati guru-guru. Ini kerana gelaran guru yang juga dikenali sebagai pendidik
sememangnya bukan gelaran biasa-biasa. Allah Subhanahu Wa Ta’ala muliakan mereka.
Perkara ini boleh difahami menerusi janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah al-
Mujadalah, ayat 11 yang Mafhumnya: Allah mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di
antara kamu, dan (begitu juga) orang-orang yang diberi ilmu (dengan) beberapa darajat.”
Perkara tersebut antara yang dikongsikan di dalam Tazkirah bertajuk “Muliakan Dan Hormati
Guru-Guru Kitani” disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul
Muluk, Penolong Ra’es, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan bagi menyerikan lagi Munajat Khas bersempena Sambutan Hari Guru Ke-34, Tahun
.2024
Acara Munajat pada petang tadi disertai bersama oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji
Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dari Surau Kementerian Hal Ehwal Ugama dan
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri
Pendidikan dari Dewan Utama Kementerian Pendidikan.
Turut serta, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji
Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Juga menyertai, Yang Mulia Setiausaha-
Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan
Kementerian Pendidikan serta para pegawai kerajaan, guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah-
sekolah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.
Menyemarakkan lagi acara Munajat Khas petang tadi ialah Ketua-Ketua Perwakilan Negara
Brunei Darussalam di beberapa buah negara yang bersiaran secara maya bersama warga kerja
dan para pelajar masing-masing.
Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang
Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin
Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin
beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku
Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari Musolla Institut Tahfiz Al-
Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.