34TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS' DAY CELEBRATION 2024

Oct 3, 2024

34TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS' DAY CELEBRATION 2024

Thursday, 29 Rabiulawal 1446 / 3 October 2024

 

BERAKAS – Every 23rd September, Brunei Darussalam celebrates Teachers' Day to commemorate and appreciate the contributions of educators in the country. This celebration also serves as an effort to elevate the teaching profession, which significantly contributes to the development of the nation's human capacity. This year, the peak of Teachers' Day Celebration was held on Thursday, 29 Rabiulawal 1446, corresponding to 3 October 2024, at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), with the theme “Quality Teachers Drive Education Transformation." This year, the theme is complemented by a sub-theme focusing on “Education For A Continuously Changing World."

 

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family this morning consented to attend the 34th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024.

 

Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Minister of Religious Affairs and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairpersons of today's event as well as members of the 34th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024 Executive Committee.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.23 AM.jpeg

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah dedicated to Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and teachers who have passed on. This was then followed by the reading of Doa Selamat led by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.26 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.26 AM.jpeg

The event continued with the recitation of Holy Quran Verses 7 to 18 of Surah Ali Imran, Verse 28 of Surah Fathir, Verse 9 of Surah Az-Zumar and Verse 11 of Surah Al-Mujadalah by Yang Mulia Awang Ashizal bin Zainal Abidin, Education Officer, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Kg. Mentiri and Yang Mulia Awangku Md Ammarrul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki, Bachelor's Degree in Religious Education Student, Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB). Meanwhile, the translation of the verses was delivered by Yang Mulia Dr. Hafini bin Mahmud, Lecturer, Syariah Faculty, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.28 AM (1).jpeg 

Following this, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairperson of the 34th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024 Executive Committee delivered a welcoming speech which was then followed by a titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.29 AM.jpeg

This morning's event proceeded with the showcase of the Teachers' Day video clip, depicting the sacrifices and experiences of a primary school teacher working in a rural area. This was followed by a montage showcasing the development of education in Brunei Darussalam, highlighting the integration of religious studies into the general education system; Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM) education; inclusive education; the growth of private schools and the digital transformation aimed at providing quality education to nurture innovative and outstanding individuals.

 

The event was further enlivened by a main performance featuring a medley of songs titled “Jasamu Guru", “Guru Oh Guru" and “Terima Kasih Cikgu", followed by the 34th Teachers' Day song titled “Guruku Pemacu Masa Depan". The performance was a collaboration of 34 students from Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Sekolah Rendah Tungku, Sekolah Kesuma Mekar and Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 77, Bandar Seri Begawan. His Majesty then consented to present the 34th Teachers' Day 2024 Awards to 4 Meritorious Teacher Award recipients, 9 Excellent Teacher Award recipients and 30 Special Mention Teachers' Day Appreciation Award recipients.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.24 AM.jpeg

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.28 AM.jpeg

At the end of the event, His Majesty and members of the Royal Family consented to a photo session with the award recipients and members of the 34th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024 Executive Committee.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.25 AM.jpeg

WhatsApp Image 2024-10-04 at 12.49.24 AM (1).jpeg

His Majesty also viewed an exhibition in conjunction with the 34th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024 at the Press Conference Hall. The concept of this year's Teachers' Day Exhibition focuses on STEAM, involving students from primary and secondary schools, vocational and technical institutions, as well as higher education. It comprises two sections aligned with this year's theme as follows:

 

1) Centerpiece Section

Ø  Excerpts from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Titah

Ø  Poetry (Syair) of Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

 

2) Exhibition Section

Ø  Divided into several sections reflecting the various important roles of teachers in implementing an adaptive, inclusive and forward-thinking education system;

Ø  The exhibition not only showcases the role of teachers as Educators but also as Change Drivers who inspire students;

Ø  The role of teachers as Mentors who nurture students' curiosity and creativity;

Ø  The role of teachers as Guides in critically and responsibly assessing and using technology to prepare students for active participation in the creation and dissemination of knowledge, focusing on a cross-disciplinary approach in STEAM;

Ø  The role of teachers as Supporters of inclusivity and diversity, enabling students to appreciate cultural diversity and enhance empathy, and

Ø  The role of teachers as Architects of the future, responsible for fostering emotional intelligence, resilience and adaptability in students, as well as building students' spiritual aspects through the embrace of pure Islamic teachings, firmly adhering to the principles of a Malay Islamic Monarchy (MIB).

 

All these roles represent the efforts of teachers to prepare the next generation as responsible global citizens, always ready to make positive contributions to a constantly changing society in order to achieve Brunei Vision 2035.


Before departing from the International Convention Centre, His Majesty also consented to a Junjung Ziarah from teachers, students, and participants from various levels of education and institutions, as well as performance participants.


___________________________________


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KE-34, TAHUN 2024

Hari Khamis, 29 Rabiulawal 1446 / 3 Oktober 2024

 

BERAKAS – Setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia negara. Pada tahun ini, Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada hari Khamis, 29 Rabiulawal 1446 bersamaan 3 Oktober 2024 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) dengan tema 'Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan.' Pada tahun ini, tema sambutan ditambah dengan sub-tema yang memfokuskan kepada 'Pendidikan Untuk Dunia Yang Terus Berubah'.

 

Pada pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2024.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2024.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Ali Imran Ayat 7 dan 18, Surah Fathir Ayat 28, Surah Az-Zumar Ayat 9 dan Surah Al-Mujadalah Ayat 11 oleh Yang Mulia Awang Ashizal bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Kg. Mentiri dan Yang Mulia Awangku Md Ammarrul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki, Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Manakala intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hafini bin Mahmud, Pensyarah Fakulti Syariah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

Seterusnya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2024 menyembahkan sembah alu-aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan tayangan klip video Hari Guru yang menceritakan pengorbanan dan pengalaman seorang guru yang bertugas di salah sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman, diikuti dengan montaj yang memaparkan pembangunan pendidikan di Negara Brunei Darussalam; mempamerkan pengintegrasian mata pelajaran ugama ke dalam sistem pendidikan umum; pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM); pendidikan inklusif; perkembangan sekolah swasta serta transformasi digital dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti demi melahirkan insan-insan inovatif dan cemerlang.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan utama iaitu nyanyian Kompilasi Lagu-Lagu Medley bertajuk “Jasamu Guru", “Guru Oh Guru" dan “Terima Kasih Cikgu", diikuti dengan Lagu Hari Guru Ke-34 yang bertajuk “Guruku Pemacu Masa Depan". Persembahan berkenaan merupakan gabungan seramai 34 pelajar dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Sekolah Rendah Tungku, Sekolah Kesuma Mekar dan Sekolah Ugama Perpindahan Lambak Kanan Jalan 77, Bandar Seri Begawan.

 

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-34, Tahun 2024 kepada para penerima yang terdiri daripada 4 orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 9 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 30 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).

 

Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2024.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan berangkat menyaksikan pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-34, Tahun 2024 di Press Conference Hall. Konsep Pameran Sambutan Hari Guru pada tahun ini memfokuskan kepada STEAM yang melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah, menengah, institusi vokasional dan teknikal serta pengajian tinggi, yang menjurus kepada 2 bahagian selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu seperti berikut:

 

  1. Ruang Centrepiece

Ø  Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Ø  Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

 

  1. Ruang Pameran

Ø  Dibahagikan kepada beberapa bahagian yang mencerminkan pelbagai peranan penting para guru dalam pelaksanaan sistem pendidikan yang adaptif, inklusif dan berfikiran maju;

Ø  Pameran berkenaan bukan sahaja mempamerkan peranan guru sebagai Pendidik tetapi juga sebagai Pemacu Perubahan yang memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar;

Ø  Peranan guru sebagai Mentor yang memupuk rasa ingin tahu dan kreativiti pelajar;

Ø  Peranan guru sebagai Pembimbing dalam menilai dan penggunaan teknologi secara kritikal dan bertanggungjawab mempersiapkan pelajar untuk aktif dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada pendekatan merentas disiplin dalam STEAM; 

Ø  Peranan guru sebagai Pendukung inklusiviti dan diversiti agar pelajar dapat menghargai kepelbagaian budaya, meningkatkan empati, dan

Ø  Peranan guru sebagai Arkitek masa depan yang bertanggungjawab memupuk kecerdasan emosi, ketahanan, kemampuan beradaptasi dalam diri pelajar serta membina aspek kerohanian pelajar melalui penghayatan ajaran Islam yang murni dengan berpegang teguh prinsip negara Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Semua peranan ini merupakan usaha guru-guru untuk mempersiapkan generasi seterusnya sebagai warga global yang bertanggungjawab, yang sentiasa siap siaga memberikan sumbangan positif kepada masyarakat yang sentiasa berubah demi mencapai Wawasan Negara Brunei 2035.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa dan siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/151 (M)

Tarikh: 29 Rabiulawal 1446/ 3 Oktober 2024​