OPENING CEREMONY OF THE SARAWAK PRESCHOOL
INTERNATIONAL CONVENTION 2024
Kuching, Sarawak – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah
Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei
Darussalam attended the opening ceremony of the Sarawak
Preschool International Convention 2024, which was held on
Saturday, 5th October 2024 at The Waterfront Hotel, Kuching,
Sarawak.
Held under the theme “Inclusivity and Diversity in Early Childhood
Education,” the convention focused on three (03) key objectives,
namely on; (i) enhancing educators' knowledge and skills to
address challenges in early childhood care and education; (ii)
providing a platform for educators, caregivers, and parents to
associate and collaborate; and (iii) creating opportunities for
participants to share experiences and best practices fostering a
culture of continuous learning for improvement in the field. The
Event was officiated by Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah
Abdullah, the Minister for Women, Early Childhood and Community
Wellbeing Development, Sarawak. The Event brought together
representatives from Brunei Darussalam, Malaysia, Republic of
Indonesia, and Republic of Singapore. A total of 305 participants
attended in person, while another 620 participants had joined via
online. Amongst participants attended in person were four (4)
Bruneian teachers from various schools teaching preschools level,
as well as an officer from the Early Childhood Education Unit,
Department of Schools, Ministry of Education.


Yang Berhormat Minister of Education and delegation also had the
opportunity to visit the One Stop Early Intervention Centre (OSEIC).
The Centre is set up to provide early interventions for the developmental, health and support needs of babies and young
children diagnosed with Autism, Down Syndrome or other learning
disabilities prior to joining preschools. During the visit, the Centre
shared about their Early Intervention Program (EIP) that
encompasses educational and therapy support services to help
equip the children with key foundational skills and development to
reach their potential.
Also accompanying Yang Berhormat Minister of Education to the
event were Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji
Tajuddin, the Permanent Secretary (Core Education) and officials
from the Ministry of Education.
_________________________________________________________________
MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN
ANTARABANGSA PRASEKOLAH SARAWAK 2024
Kuching, Sarawak – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah
Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei
Darussalam telah menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen
Antarabangsa Prasekolah Sarawak 2024, yang diadakan pada hari
Sabtu, 5 Oktober 2024 di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak.
Dengan bertemakan "Inklusiviti dan Kepelbagaian dalam Pendidikan
Awal Kanak-Kanak," konvensyen ini memberi tumpuan kepada tiga
(03) objektif utama iaitu; (i) meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pendidik untuk menangani cabaran dalam penjagaan
dan pendidikan awal kanak-kanak; (ii) menyediakan platform bagi
pendidik, penjaga dan ibu bapa untuk berinteraksi dan
bekerjasama; dan (iii) mewujudkan peluang kepada peserta untuk
berkongsi pengalaman dan amalan-amalan terbaik dalam memupuk
budaya pembelajaran dan penambahbaikan yang berterusan dalam
bidang tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat
Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita,
Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak. Acara tersebut
menghimpunkan wakil-wakil dari Negara Brunei Darussalam,
Malaysia, Republik Indonesia, dan Republik Singapura. Seramai 305
orang peserta telah hadir secara bersemuka, manakala 620 orang
peserta lain telah menyertai secara dalam talian. Antara yang
menghadiri konvensyen tersebut secara bersemuka adalah empat
(4) orang guru Negara Brunei Darussalam dari pelbagai sekolah
yang mengajar di peringkat prasekolah dan seorang pegawai dari
Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan turut
berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Pusat Intervensi Awal Setempat (One Stop Early Intervention Centre, OSEIC). Pusat
ini ditubuhkan untuk menyediakan intervensi awal bagi keperluan
perkembangan, kesihatan dan sokongan anak damit dan kanak-kanak yang didiagnosis dengan Autisme, Sindrom Down atau
masalah pembelajaran lain, sebelum menyertai prasekolah. Semasa
lawatan, pusat berkenaan telah mengongsikan mengenai Program
Intervensi Awal (Early Intervention Program, EIP), yang
merangkumi perkhidmatan sokongan pendidikan dan terapi bagi
membantu melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran dan
perkembangan asas utama dalam usaha untuk mencapai potensi
mereka.
Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan ke acara
berkenaan ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti
Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), dan pegawaipegawai daripada Kementerian Pendidikan.