PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR
MINISTRY OF EDUCATION'S B.E.S.T WEEK PROGRAMME 2024
THURSDAY, 12 JAMADILAWAL 1446 | 14 NOVEMBER 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education Brunei Darussalam today held a prize presentation ceremony for the Ministry of Education's B.E.S.T (Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab) Week Programme 2024 at the Multimedia Theatre, Sengkurong Sixth Form Centre.
The B.E.S.T Week programme is an ongoing initiative by the Ministry of Education aimed to tackle and prevent bullying, including cyberbullying, among students at schools. Cyberbullying is a form of harassment that takes place through digital platforms such as social media, messaging apps, and websites. It can have a profound impact on victims, leading to emotional distress, mental disturbance, and, in more severe cases, depression.
This programme is held in conjunction with the International Day Against Violence and Bullying at School Including Cyberbullying as established by the UNESCO1, which is observed on the first Thursday of November each year.

Present as the Guest of Honour at the event was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.


The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by welcoming remarks from Yang Mulia Dr. Hajah Dayang Nor Zaiham Midawati binti Haji Abdullah, Acting Head of Counselling Division, Ministry of Education as Co-Chairperson of the B.E.S.T Week Programme. The event proceeded with video presentations for each winner of the Short Video Competition, held in conjunction with the B.E.S.T Week Programme, aligned with this year's theme, "Awareness on Cyberbullying".
The highlight of the event was the announcement and presentation of awards to the winners of the Short Video Competition in conjunction with the B.E.S.T Week Program by the Guest of Honor. The competition was divided into three categories: Primary School, Secondary School, and Sixth Form Centers. The Guest of Honor also presented awards to the winners of the Best Activity for Secondary School and Sixth Form Centres from each cluster.
Also present at the ceremony were the Heads of Departments, officers from the Ministry of Education, School Leaders, and students.
______________________________________
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM MINGGU B.E.S.T
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2024
HARI KHAMIS, 12 JAMADILAWAL 1446 | 14 NOVEMBER 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Minggu B.E.S.T (Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab) Kementerian Pendidikan bagi Tahun 2024 bertempat di Multimedia Theatre, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.
Program Minggu B.E.S.T adalah inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan dalam usaha menbendung dan mencegah gejala buli terutamanya buli siber agar tidak berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Buli siber adalah merupakan satu bentuk buli yang berlaku melalui platform digital seperti media sosial, aplikasi pemesejan dan laman web. Buli siber boleh memberi kesan mendalam terhadap mangsa, termasuk tekanan emosi, gangguan mental dan dalam kes yang lebih serius ia boleh menyebabkan kemurungan.
Program ini dianjurkan bersempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan dan Buli di Sekolah Termasuk Buli Siber yang ditetapkan oleh pihak UNESCO1 (International Day Against Violence and Bullying at School Including Cyberbullying) yang jatuh pada setiap hari Khamis pertama dalam bulan November setiap tahun.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Dayang Nor Zaiham Midawati binti Haji Abdullah, Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Program B.E.S.T. Majlis diteruskan dengan tayangan video bagi setiap pemenang kategori Pertandingan Video Pendek sempena Program Minggu B.E.S.T, yang diselaraskan dengan tema program tahun ini iaitu “Kesedaran Mengenai Buli Siber."
Kemuncak majlis tersebut ialah pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Pertandingan Video Pendek sempena Program Minggu B.E.S.T yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pusat Tingkatan Enam. Tetamu Kehormat juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang Aktiviti Terbaik Sekolah Menengah dan Maktab dari setiap kluster.
Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan pelajar-pelajar.
Sekolah Rendah final ranking:

1. SR Rataie

2. SR Benutan

3. SR Rimba 2
Sekolah Menengah final ranking:

1. SM Sayyidina Othman

2. SM Awang Semaun

3. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
Final ranking bagi kategori PTE:

1. PTE Tutong

2. Maktab Duli

3. PTE Sengkurong
Pemenang Hadiah Aktiviti Program Minggu BEST
Kluster 1: Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah
Kluster 2: Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam
Kluster 3: Sekolah Menengah Lambak Kiri
Kluster 4: Sekolah Menengah Katok
Kluster 5: Sekolah Menengah Sufri Bolkiah
Kluster 6: Maktab Anthony Abell
UNESCO1 - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/168 (M)
Tarikh: 12 Jamadilawal 1446 / 14 November 2024