2024 WORLD VOCATIONAL AND TECHNICAL EDUCATION DEVELOPMENT CONFERENCE

Nov 22, 2024

2024 WORLD VOCATIONAL AND TECHNICAL

EDUCATION DEVELOPMENT CONFERENCE

 

Tianjin, China – Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 2024 World Vocational and Technical Education Development Conference, which was held from 20 November – 22 November 2024 at Tianjin National Exhibition and Convention Centre, Tianjin, China.

 1edu dev conference 2024.jpeg

2edu dev conference 2024.jpeg

The conference was jointly organised by the Ministry of Education of the People's Republic of China, the National Commission of the People's Republic of China for UNESCO, and Tianjin Municipal People's Government. The conference drew an impressive turnout of around 1,000 participants, including representatives from international organisations such as UNESCO, vocational education authorities, industry associations, renowned enterprises, research institutions, and vocational colleges worldwide.

 

Held under the theme “Innovation Empowers the Future, Skills Enlighten New Life", the conference served as a platform to explore and discuss key topics such as industry-education integration, sustainable development, skills development, teacher development, lifelong learning, and quality assurance. Participants engaged in sharing insights, valuable experiences and strategies aimed at advancing vocational education globally, fostering international collaboration, and contributing to the achievement of the United Nations' Sustainable Development Goals (SDGs).

 

Among the conference's key highlights were the launch of the World Technical and Vocational Education and Training (TVET) League, the presentation of the World TVET Prize, and the hosting of the World Vocational College Skills Competition and Special Exhibition.

 

Accompanying the Deputy Permanent Secretary (Higher Education) were officers from the Ministry of Education.


_______________________________________________

 

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

DAN VOKASIONAL DUNIA 2024

 

Tianjin, China – Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Persidangan Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dunia 2024, yang diadakan pada 20 November hingga 22 November 2024 di Tianjin National Exhibition and Convention Centre, Tianjin, China.

 

Persidangan tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China, Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO, dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Tianjin. Persidangan tersebut menarik kehadiran sekitar 1,000 peserta, termasuk wakil-wakil dari UNESCO, pihak berkuasa pendidikan vokasional, pertubuhan-pertubuhan industri, syarikat terkemuka, institusi-institusi penyelidikan, dan kolej-kolej vokasional dari seluruh dunia.

 

Bertemakan “Innovation Empowers the Future, Skills Enlighten New Life", persidangan tersebut menjadi platform untuk meneroka dan membincangkan topik-topik utama seperti pengintegrasian industri-pendidikan, pembangunan mampan, pembangunan kemahiran, pembangunan pendidik, pembelajaran sepanjang hayat, dan jaminan kualiti. Para peserta berkongsi pandangan, pengalaman berharga, dan strategi bagi memajukan pendidikan vokasional di peringkat global, menggalakkan kerjasama antarabangsa, serta menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Antara sorotan utama persidangan adalah pelancaran Liga Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dunia (TVET), penyampaian Anugerah TVET Dunia, serta penganjuran Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional Dunia dan Pameran Khas.

 

Hadir bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/177 (M)

Tarikh: 20 Jamadilawal 1446/ 22 November 2024​