PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE DRAWING, COLOURING AND COLLAGE COMPETITION FOR GOVERNMENT PRIMARY SCHOOLS NATIONWIDE
IN CONJUNCTION WITH WORLD DOWN SYNDROME AWARENESS DAY 2024
MONDAY, 23 JAMADILAWAL 1446 | 25 NOVEMBER 2024
LAMBAK KANAN – The Ministry of Education through the Department of Special Education, today held the Prize Presentation Ceremony for the Drawing, Colouring and Collage Competition for Government Primary Schools Nationwide in conjunction with World Down Syndrome Awareness Day 2024, at the Multipurpose Hall of Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Present as the Guest of Honour to award the prizes to the winners was Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Hj Dzulkifli, Acting Director of Planning, Development and Research Department, Ministry of Education.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a welcoming speech by Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of Special Education, Ministry of Education, as the Chairperson of the event.
The ceremony continued with a sharing session on Down Syndrome by Yang Mulia Dr. Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid, Pediatric Consultant and Head of the Child Development Centre, Ministry of Health. The ceremony was further enlivened by sketches and singing performances, along with an exhibition showcasing the artwork of students who participated in the competition. This was followed with the presentation of prizes to the winners by the Guest of Honour.
In the Drawing Competition, the champion was Awang Muhammad Adi Kashfee bin Haji Ide Ismawee from Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria followed by Awang Muhammad Farish Hamizan bin Abdullah from Sekolah Rendah Pantai Berakas in second place and Awang Muhammad Rafa Muttaqin bin Haji Samrin from Sekolah Rendah Sengkurong in third place.
Meanwhile for the Colouring Competition, the champion was Dayangku Syazana Marissa binti Pg Saiful Aidil from Sekolah Rendah Dato Othman followed by Awang Muhd Khairullah Syafatullah bin Muhd Khairus Safie from Sekolah Rendah Bengkurong in second place and Awang Ahmad Adli Zakwan bin Rizam from Sekolah Rendah Sungai Liang in third place.
In the Collage Competition, the champion was Dayang Nur' Aneesa binti Abdul Rahman from Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang II followed by Dayang Emylia Gracelyn Chiew Xing from Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria in second place and Awang Wan Muhammad Aímullah bin Mahat from Sekolah Rendah Junjongan in third place.
This competition was held for the first time this year in conjunction with the celebration of World Down Syndrome Awareness Day 2024, themed "Together With Us, Not For Us".
Among the aims of this competition is to celebrate the unique abilities of students with Special Education Needs (SEN), foster creativity, and raise public awareness of their contributions in the fields of education and society. This programme is also designed as a platform to help students showcase their artistic talents, while building self-confidence and strengthening inclusivity in education.
Also present at the ceremony were officers, school leaders, parents, and representatives from relevant agencies.
_____________________________________________
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MELUKIS, MEWARNA DAN KOLAJ
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KERAJAAN SENEGARA
SEMPENA HARI KESEDARAN SINDROM DOWN SEDUNIA 2024
ISNIN, 23 JAMADILAWAL 1446 | 25 NOVEMBER 2024
LAMBAK KANAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis, Mewarna dan Kolaj bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Senegara Sempena Hari Kesedaran Sindrom Down Sedunia 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Hj Dzulkifli, Pemangku Pengarah Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Majlis.
Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian mengenai Sindrom Down oleh Yang Mulia Dr. Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid, Konsultan Pediatrik dan Ketua Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Kementerian Kesihatan. Majlis turut diserikan dengan sketsa dan nyanyian serta pameran karya seni pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.
Bagi Pertandingan Melukis, johan pertandingan ialah Awang Muhammad Adi Kashfee bin Haji Ide Ismawee dari Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria diikuti dengan Awang Muhammad Farish Hamizan bin Abdullah dari Sekolah Rendah Pantai Berakas di tempat kedua dan Awang Muhammad Rafa Muttaqin bin Haji Samrin dari Sekolah Rendah Sengkurong di tempat ketiga.
Manakala bagi Pertandingan Mewarna, johan pertandingan ialah Dk Syazana Marissa binti Pg Saiful Aidil dari Sekolah Rendah Dato Othman diikuti dengan Awang Muhd Khairullah Syafatullah bin Muhd Khairus Safie dari Sekolah Rendah Bengkurong di tempat kedua dan Awang Ahmad Adli Zakwan bin Rizam dari Sekolah Rendah Sungai Liang di tempat ketiga.
Bagi Pertandingan Kolaj, johan pertandingan ialah Dayang Nur' Aneesa binti Abdul Rahman dari Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang II diikuti dengan Dayang Emylia Gracelyn Chiew Xing dari Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria di tempat kedua dan Awang Wan Muhammad Aímullah bin Mahat dari Sekolah Rendah Junjongan di tempat ketiga.
Pertandingan ini telah diadakan buat julung kalinya pada tahun ini sempena Sambutan Hari Kesedaran Sindrom Down Sedunia 2024 yang bertemakan "Bersama Kami, Bukan Untuk Kami".
Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi meraikan kebolehan unik pelajar berkeperluan khas (Special Education Needs-SEN), memupuk kreativiti, dan meningkatkan kesedaran awam tentang sumbangan mereka dalam bidang pendidikan dan sosial. Program ini juga dirancang sebagai platform untuk membantu pelajar-pelajar menonjolkan bakat seni, sambil meningkatkan keyakinan diri dan memperkukuhkan inklusiviti dalam pendidikan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin sekolah, ibu bapa, serta wakil daripada agensi berkepentingan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/180 (M)
Tarikh: 23Jamadilawal 1446 / 25 November 2024=