THE 47TH SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION
ORGANISATION HIGH OFFICIALS MEETING IN BANGKOK, THAILAND
26 - 28 NOVEMBER 2024
THURSDAY, 26 JAMADILAWAL 1446 | 28 NOVEMBER 2024
Bangkok, Thailand – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, attended the 47th Southeast Asian Ministers of Education Organisation High Officials Meeting (SEAMEO HOM) at the Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok, Thailand, from 26 - 28 November 2024.




The annual meeting convened by the SEAMEO Secretariat, gathered together high officials, delegations and representatives from the Ministries of Education of the eleven (11) SEAMEO Member States, Associate Member Countries, Affiliate Members, SEAMEO Regional Centres and Network, along with SEAMEO partners. Discussions centred on proposed programmes, financial matters, and other critical issues concerning the organisation's administration and operations.
The Meeting was officiated by His Excellency Surasak Phancharoenworakul, Deputy Minister of Education, Kingdom of Thailand. In his speech, His Excellency highlighted the importance of shaping the development of children and youth by working together to cultivate understanding and create a new ecosystem that is compatible with the changing world we face today, derived from various factors including the pandemic, environmental challenges, climate change and rapid technology, notably in the education sector.
The Meeting commenced with the In-Camera Session, Special Session and followed by the Plenary Session. This year, Brunei Darussalam was elected as the Chairperson of the 47th SEAMEO HOM during the Plenary Session, with Viet Nam serving as Vice Chair. Yang Mulia Awang Aliuddin in his remarks, thanked the previous Chair from the Philippines for successfully leading the SEAMEO High Officials Meeting for the past 2 years. He called on the meeting to seize the opportunity to share innovation, expand networks and deepen collaboration under SEAMEO thus synergising efforts to advance the future of education, science, and culture across Southeast Asia.
Yang Mulia Awang Aliuddin also had the opportunity to present Brunei Darussalam's country report on the implementation of the SEAMEO Priority Areas. He highlighted the implementation of STEAM Education and Skills as well as the flagship initiatives of Early Childhood Education (ECE) in Brunei Darussalam such as the implementation of the Compulsory Education Act.
The 47th SEAMEO HOM also saw an awarding ceremony, where Brunei Darussalam received three (03) prestigious SEAMEO awards, showcasing its commitment to education and innovation. Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil received the SEAMEO SEPS Project Grant with a USD 3,000 award for its healthy lunch programme, set for implementation in 2025. Seri Mulia Sarjana International School earned third place in the SEAMEO-Japan Education for Sustainable Development Award for promoting lifelong STEM learning through community engagement. Meanwhile, Cikgu Suzanah binti Haji Kurus from Sekolah Menengah Katok also secured third place of the Ki Hajar Dewantara Award for her innovative science education presentation. In addition, the Future4Girls' Inception Report Consultation Meeting and the Launch of the Rapid Scoping Study Report on the Out-of-School Children and Youth in Southeast Asia was also held back to back with the 47th SEAMEO HOM.
Also accompanying the Deputy Permanent Secretary (Core Education) to the meetings were officials from the Ministry of Education.
___________________________________
MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA
KALI KE-47 DI BANGKOK, THAILAND
26 - 28 NOVEMBER 2024
KHAMIS, 26 JAMADILAWAL 1446 | 28 NOVEMBER 2024
Bangkok, Thailand – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Organisation High Officials Meeting, SEAMEO HOM) kali ke-47 yang berlangsung di Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok, Thailand, dari 26 - 28 November 2024.
Mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat SEAMEO telah menghimpunkan pegawai-pegawai kanan, delegasi dan wakil dari Kementerian-Kementerian Pendidikan dari sebelas (11) Negara Anggota SEAMEO, Negara Anggota Bersekutu, ahli bersekutu, Pusat dan Rangkaian Serantau SEAMEO, serta rakan kerjasama SEAMEO. Perbincangan tertumpu kepada program-program yang dicadangkan, hal-hal kewangan, serta isu-isu penting lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan operasi organisasi.
Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Surasak Phancharoenworakul, Timbalan Menteri Pendidikan, Thailand. Dalam ucapan beliau, Tuan Yang Terutama Surasak Phancharoenworakul menekankan pentingnya membentuk pembangunan kanak-kanak dan belia dengan berkerjasama ke arah memupuk pemahaman dan ekosistem baharu yang sesuai dengan cabaran yang dihadapi pada masa ini, dengan mengambil kira pandemik, cabaran alam sekitar; perubahan iklim dan teknologi pesat di dalam sektor pendidikan.
Mesyuarat tahun ini dimulakan dengan Sesi Perbincangan Tertutup, diikuti dengan Sesi Khas dan Sesi Plenari. Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam telah dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO HOM bagi Sesi Plenari dengan Viet Nam selaku Timbalan Pengerusi. Dalam ucapan Yang Mulia Awang Aliuddin, beliau mengucapkan penghargaan kepada mantan pengerusi daripada Republik Filipina atas kejayaan dalam memimpin Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO selama dua tahun. Beliau menyeru mesyuarat itu untuk merebut peluang bagi mengongsikan inovasi, mengembangkan rangkaian dan mengukuhkan kerjasama di bawah SEAMEO seterusnya menyelaras usaha dalam memajukan masa depan pendidikan, sains dan budaya di seluruh Asia Tenggara.
Yang Mulia Awang Aliuddin juga berkesempatan untuk membentangkan laporan Negara Brunei Darussalam mengenai pelaksanaan Bidang Keutamaan SEAMEO. Antara perkara yang dikongsikan ialah pelaksanaan Kemahiran dan Pendidikan STEAM dan inisiatif Pendidikan Awal Kanak-Kanak seperti pindaan kepada Akta Pendidikan Wajib.
Mesyuarat SEAMEO HOM kali ke-47 turut menyaksikan majlis penyampaian anugerah, di mana Negara Brunei Darussalam menerima tiga (03) anugerah SEAMEO yang berprestij, mencerminkan komitmennya terhadap pendidikan dan inovasi. Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil memenangi Geran Projek SEAMEO SEPS sebanyak USD 3,000 bagi program makan tengah hari sihatnya, yang dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2025. Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana pula meraih tempat ketiga dalam Anugerah SEAMEO-Jepun Pendidikan bagi Pembangunan Mampan kerana mempromosikan pembelajaran STEM sepanjang hayat melalui penglibatan komuniti. Sementara itu, Cikgu Suzanah binti Haji Kurus dari Sekolah Menengah Katok juga meraih tempat ketiga dalam Anugerah Ki Hajar Dewantara bagi pembentangan pendidikan sainsnya yang inovatif.
Di samping itu, Mesyuarat Perundingan Laporan Permulaan Future4Girls, yang memberi tumpuan kepada Kajian Pemetaan Polisi Serantau mengenai Jantina dan Pendidikan, serta Pelancaran Laporan Kajian Rapid Scoping, yang membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja yang tidak bersekolah di Asia Tenggara juga diadakan secara back-to-back dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO Kali ke-47.
Turut mengiringi Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) ke mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/188 (M)
Tarikh: 27 Jamadilawal 1446/ 29 November 2024