“GENERASI BER-MIB" PROGRAMME FOR BRUNEI DARUSSALAM STUDENTS IN MALAYSIA
14 AND 15 DECEMBER 2024
Saturday, 12 Jamadilakhir 1446 / 14 December 2024
PUTRAJAYA – The Malay Islamic Monarchy Supreme Council's Secretariat Office (MTMIB), Ministry of Education, Brunei Darussalam, has organized the “Generasi Ber-MIB" Programme specifically for students from Brunei Darussalam pursuing their studies in Malaysia. The programme was held in two (02) sessions on the 14 and 15 December 2024, attended by students of Government Overseas Scholarship and self-funded students pursuing their studies in Malaysia.
This program aims to strengthen the Bruneian identity among students while deepening their understanding of the Malay Islamic Monarchy (MIB) philosophy. Additionally, the program serves as a defense mechanism or “firewall," acting to protect students from foreign cultural influences and elements that conflict with the core values of MIB.
The program includes three (03) briefing sessions, covering 'MIB: Our Identity,' 'The Responsibilities of Young Ambassadors (Students) of Brunei Darussalam in Upholding the MIB Image Abroad,' and a briefing by the Narcotics Control Bureau of Brunei Darussalam. The program also incorporates workshop activities to reinforce students' knowledge of MIB, their identity, and its application in daily life. Furthermore, the workshop aims to enhance communication skills through group discussions, sharpen critical thinking abilities, and develop problem-solving skills.
___________________________________________________________________
PROGRAM GENERASI BER-MIB BAGI PELAJAR-PELAJAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DI MALAYSIA
14 DAN 15 DISEMBER 2024
Sabtu, 12 Jamadilakhir 1446 / 14 Disember 2024
PUTRAJAYA – Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan Program Generasi Ber-MIB khusus bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia. Program ini diadakan sebanyak dua (02) sesi iaitu pada 14 dan 15 Disember 2024 yang dihadiri oleh para pelajar Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri dan Pelajar Persendirian yang melanjutkan pengajian di Malaysia.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh jati diri kebruneian dalam kalangan pelajar sambil memperdalam pemahaman mereka terhadap falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Di samping itu, program ini juga berfungsi sebagai mekanisme pertahanan atau “firewall," yang bertindak melindungi pelajar daripada pengaruh budaya asing serta elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai-nilai teras MIB.
Program ini mengandungi tiga (03) sesi taklimat, yang merangkumi 'MIB Jati Diri Kitani', 'Tanggungjawab Duta Kecil (Pelajar) Negara Brunei Darussalam dalam mempertahankan Imej MIB di Luar Negara' dan taklimat daripada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN), Negara Brunei Darussalam. Program ini turut mengadakan aktiviti dalam bentuk bengkel, bagi mengukuhkan pengetahuan para pelajar mengenai MIB, jati diri dan pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi melalui perbincangan secara berkumpulan, mengasah kemahiran dalam berfikiran secara kritis dan penyelesaian masalah.