MINISTER OF EDUCATION WORKING VISIT
IN CONJUNCTION WITH THE BEGINNING OF 2024 ACADEMIC YEAR
Tuesday, 7 Rejab 1446 | 7 January 2025
BRUNEI-MUARA – In conjunction with the beginning of the 2025 academic year, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, the Minister of Education and entourage conducted a working visit to 3 schools in Brunei-Muara District namely Sekolah Menengah Berakas, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien and Sekolah Menengah Menglait.





Among the objectives of the working visit was to review and observe more closely the implementation of back-to-school activities, inspect school infrastructure and facilities and the Implementation of STEAM Education and Skills (SES) subjects.
Yang Berhormat Minister of Education and delegation began their working visit this morning to Sekolah Menengah Berakas, where Yang Berhormat Minister was welcomed by Yang Mulia Awang Alexander bin Bandang, the School Principal. The visit continued to Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, where Yang Berhormat Minister was greeted by Yang Mulia Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhasan, the Principal of the school. To conclude this morning visit, Yang Berhormat Minister of Education visited Sekolah Menengah Menglait, where Yang Berhormat Minister was received by Yang Mulia Awang Huzaimi bin Moksin, the Principal of the school.
During the visits to these schools, Yang Berhormat Minister of Education had the opportunity to observe the teaching and learning sessions more closely and interact with the teachers and students. Yang Berhormat Minister also inspected the school facilities to ensure that the existing infrastructure is conducive to support teaching and learning activities.




Also present as part of the entourage were the Permanent Secretary (Core Education), Deputy Permanent Secretaries and Heads of Departments from the Ministry of Education.
________________________________
LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA PERMULAAN PERSEKOLAHAN
BAGI TAHUN AKADEMIK 2025
Selasa, 7 Rejab 1446 | 7 Januari 2025
BRUNEI-MUARA – Sempena permulaan persekolahan bagi tahun akademik 2025, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan dan rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke 3 buah sekolah di daerah Brunei-Muara iaitu Sekolah Menengah Berakas, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien dan Sekolah Menengah Menglait.
Antara tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, meninjau prasarana dan kemudahan sekolah dan pelaksanaan mata pelajaran STEAM (STEAM Education and Skills, SES).
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan kerja pada pagi ini ke Sekolah Menengah Berakas, dengan ketibaan Yang Berhormat Menteri dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Alexander bin Bandang, Pengetua sekolah berkenaan. Lawatan diteruskan ke Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, dan ketibaan Yang Berhormat Menteri dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhasan, Pengetua sekolah tersebut. Lawatan pada pagi ini berakhir di Sekolah Menengah Menglait, dengan ketibaan Yang Berhormat dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Huzaimi bin Moksin, Pengetua sekolah berkenaan.
Semasa lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berpeluang untuk menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran serta berinteraksi dengan para guru dan pelajar. Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga telah meninjau prasarana sekolah yang sedia ada bagi memastikan ia adalah kondusif untuk mendokong sesi pengajaran dan pembelajaran.
Turut menyertai rombongan ini ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Ketua-Ketua Jabatan dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/006(M)
Tarikh: 7 Rejab 1446 / 7 Januari 2025