ANNOUNCEMENT ON THE OPENING FOR
APPLICATION OF EDUCATION LOAN ASSISTANCE SCHEME (SBPP)
FOR THE 2025/2026 ACADEMIC SESSION
Monday, 20 Rejab 1446 | 20 January 2025
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that the Education Loan Assistance Scheme (SBPP) application for the 2025/2026 academic year will commence on Tuesday, 21 January 2025 at 8:30 a.m. and will be closed on Tuesday, 25 February 2025 at 4.00 p.m.
Applicants who wish to apply for SBPP must apply for at least ONE programme offered by local higher education institutions via Higher Education Centralised Admission System (HECAS) online application. Applicants are required to submit the completed softcopy of the application form with all relevant documents via email to sbpp@moe.gov.bn as well as the hardcopy of all relevant documents including printed SBPP and HECAS forms to the Counter 3, Department of Scholarship Management, One Stop Centre, Block C, Ground Floor, Ministry of Education, before or not later than the SBPP closing date.
Please be informed that the application for SBPP will only be offered once a year. Applicants who have not received their official results but wish to apply, may submit their predicted results from their respective schools or institutions. However, the result of the application will be based on their actual official results.
Application form can be obtained from the Ministry of Education's website at www.moe.gov.bn. For further enquiries on this matter, applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:
Office Number: 2380019
(Monday to Thursday and Saturday:
7.45 a.m. to 12.15 p.m. and 1.30 p.m. to 4.30 p.m.)
Email: sbpp@moe.gov.bn
scholarship@moe.gov.bn
________________________________________________
PENGUMUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI
SKIM BANTUAN PINJAMAN PENDIDIKAN (SBPP)
SESI AKADEMIK 2025/2026
Isnin, 20 Rejab 1446 | 20 Januari 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa permohonan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi sesi akademik 2025/2026 akan dibukakan bermula pada hari Selasa, 21 Januari 2025 jam 8:30 pagi dan akan ditutup pada hari Selasa, 25 Februari 2025 jam 4.00 petang.
Pemohon yang berminat adalah dikehendaki untuk memohon sekurang-sekurangnya SATU program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri melalui permohonan dalam talian Higher Education Centralised Admission System (HECAS). Pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan borang permohonan (softcopy) yang telah lengkap disikan beserta dokumen berkaitan melalui emel sbpp@moe.gov.bn di samping menghadapkan salinan fizikal (hardcopy) dokumen yang berkaitan termasuk borang permohonan SBPP dan HECAS ke Kaunter 3, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Pusat Perkhidmatan Setempat, Blok C, Aras Bawah, Kementerian Pendidikan sebelum atau tidak lewat dari tarikh tutup permohonan SBPP.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan SBPP hanya akan ditawarkan sekali setahun sahaja. Pemohon yang belum memperolehi keputusan rasmi adalah dikehendaki untuk menghadapkan keputusan ramalan (predicted results) yang dikeluarkan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan SBPP adalah tertakluk kepada keputusan rasmi yang akan diperolehi nanti.
Borang permohonan boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan seperti berikut:
No. Telefon Pejabat: 2380019
(Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu:
Jam 7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang)
Emel: sbpp@moe.gov.bn
scholarship@moe.gov.bn
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/012 (M)
Tarikh: 20 Rejab 1446 / 20 Januari 2025