PRESS CONFERENCE ON THE 10TH HIGHER EDUCATION EXPO 2025
Tuesday, 21 Rejab 1446 | 21 Januari 2025
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Higher Education held the Press Conference on The 10th Higher Education Expo 2025 at the Conference Hall 1 (P1), Ministry of Education.
Present to speak to the members of the media was Yang Mulia Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Acting Assistant Director, Department of Higher Education, Ministry of Education as the Deputy Co-Chairperson of the 10th Higher Education Expo 2025.



The 10th Higher Education Expo 2025 will be held on Saturday, 8 February 2025 and Sunday, 9 February 2025 at Hall 1 and Hall 2, BRIDEX Jerudong. On Saturday, 8 February 2025, the expo will be opened to the public from 10.00am until 5.00pm. Whilst on Sunday, 9 February 2024, the expo will start at 9.00am and ends at 5.00pm.
The 10th Higher Education Expo 2025 was held to:
Provide a One Stop Information Centre for Higher Education where all post-secondary education institutions, government and private higher education institutions, including local education agencies, will provide an overview of the landscape of post-secondary education and higher education, both locally and internationally.
The expo will provide the public, especially the students, an opportunity to interact with representatives of the higher education institutions and education agencies.
As of today, Tuesday, 21 January 2025, a total of 65 higher education institutions, educational service agencies, as well as government and private agencies, have confirmed their participation in the 10th Higher Education Expo 2025. This includes 15 local public and private higher education institutions, 26 agencies and institutions from abroad, 4 embassies, and 20 government and private agencies.
The public Higher Education Institutions participating in this expo includes:
Universiti Brunei Darussalam (UBD);
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA);
Universiti Teknologi Brunei (UTB);
Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB);
Politeknik Brunei (PB);
Institute of Brunei Technical Education (IBTE); and
Youth Development Centre (PPB).
Meanwhile, participants from the private higher education institutions are:
Kolej International Graduate Studies (KIGS);
Laksamana College of Business (LCB);
HADtech College (HTC);
Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS);
Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT);
Kemuda Institute (KI);
Micronet International College (MIC);
Mahakarya Institute of Arts Asia (MIAA); and
Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA).
A total of 24 international institutions will be joining the expo namely the University College Dublin and Irish Universities and Medical Schools Consortium from Ireland; Okayama University from Japan; Management and Science University from Malaysia; Singapore Management University from Singapore; TOBB University of Economics and Technology and Istanbul Beykent University dari Turkiye; as well as Cranfield University and University of Exeter from England. Besides that, several institutions will also be represented by Education Service Agencies; 5 of which will be represented by Findlay Education Services, and 10 represented by Education Malaysia Global Services.
During the Higher Education Expo, The Ministry of Education will also be sharing the latest and relevant information such as the Higher Education Centralized Admissions System (HECAS), Government Scholarships, applications for the accreditation of courses or qualifications. Among the departments under the Ministry of Education participating in the expo are the Department of Higher Education, Department of Scholarship Management, Department of Educators Management, Lifelong Learning Centre (L3C), Entrepreneurship Innovation Centre (EIC), the Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council and Career Education Unit, Department of Schools. Also joining the 10th Higher Education Expo 2025 are the JobCentre Brunei and Manpower Planning and Employment Council (MPEC) from the Prime Minister’s Office.
Meanwhile, embassies and embassy representatives that will be participating are:
Embassy of Japan in Brunei Darussalam;
Embassy of the United States of America in Brunei Darussalam (EducationUSA);
Embassy of Switzerland in Singapore and Brunei Darussalam; and
Australian High Commission in Malaysia (Study in Australia).
Private agencies participating in the expo are:
Brunei Shell Petroleum;
Bank Islam Brunei Darussalam;
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei Group of Companies;
Imagine Sdn Bhd;
Royal Brunei Airline Sdn Bhd;
Paradigm Scholar Agency;
Findlay (B) Sdn Bhd;
HRDS Educational Services;
MEG Educational Services;
James Hon Educational Services; and
Avicenna Resources.
The expo is open to the public, particularly secondary school leavers (Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level graduates) and pre-university students (Brunei-Cambridge GCE ‘A’ Level graduates) or those with equivalent qualifications who wish to pursue higher education. It also caters to individuals seeking to enhance their skills through upskilling (improving existing skills) or reskilling (learning new skills). Participating institutions will also share information about programmes such as the National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor’s Degree, Master’s Degree, and Doctoral Degree programmes.
Among the benefits of joining the 10th Higher Education Expo 2025 are:
Learning about the application procedures for Higher Education Institutions;
Receiving guidance from higher education experts;
Having the opportunity for face-to-face interaction with higher education representatives; and
Obtaining information about scholarship opportunities.
The Ministry of Education welcomes the public, especially students and parents, to visit the 10th Higher Education Expo 2025 during the two-day event. Parking facilities and a Shuttle Bus service will be available at the Jerudong Park Amphitheatre parking area. Signboards will be provided to indicate the parking areas and Shuttle Bus service locations.
For more information or to access the location maps for parking and the Shuttle Bus service, please visit the Ministry of Education's website at www.moe.gov.bn or through Instagram at @moe_brunei and @hiedbrunei.
__________________________________________________
SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI KALI KE-10 TAHUN 2025
Selasa, 21 Rejab 1446 / 21 Januari 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi pada hari ini telah mengadakan Sidang Media Bagi Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025 di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.
Hadir bagi menerangkan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi Bersama Projek Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025.
Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025 akan diadakan mulai pada hari Sabtu, 8 Februari 2025 hingga hari Ahad, 9 Februari 2025 bertempat di Dewan 1 dan 2, BRIDEX, Jerudong. Pada hari Sabtu, 8 Februari 2025 ekspo mula dibukakan kepada orang ramai pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala, pada hari Ahad, 9 Februari 2025 ekspo bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025 diungkayahkan dengan tujuan untuk:
Menyediakan Pusat Informasi Sehenti (One-Stop Information Centre) Pengajian Tinggi di mana institusi-institusi dari pengajian pasca menengah, pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam dan luar negeri untuk memberikan prospek pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di dalam negara dan antarabangsa.
Ekspo ini akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya pelajar untuk bersemuka dengan pihak institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi sektor pendidikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.
Sehingga hari ini, Selasa, 21 Januari 2025, sebanyak 65 institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta telah mengesahkan penyertaan dalam Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025. Penyertaan tersebut merangkumi 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara, 26 agensi dan institusi dari luar negara, 4 daripada kedutaan, serta 20 agensi kerajaan dan swasta.
Penyertaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Brunei Darussalam adalah seperti berikut:
1. Universiti Brunei Darussalam (UBD);
2. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA);
3. Universiti Teknologi Brunei (UTB);
4. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB);
5. Politeknik Brunei (PB);
6. Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE); dan
7. Pusat Pembangunan Belia (PPB).
Manakala berikut adalah penyertaan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta:
1. Kolej International Graduate Studies (KIGS);
2. Laksamana College of Business (LCB);
3. HADtech College (HTC);
4. Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS);
5. Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT);
6. Kemuda Institute (KI);
7. Micronet International College (MIC);
8. Mahakarya Institute of Arts Asia (MIAA); dan
9. Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA).
Sebanyak 24 institusi dari luar negara akan menyertai ekspo iaitu University College Dublin dan Irish Universities and Medical Schools Consortium dari Ireland; Okayama University dari Jepun; Management and Science University dari Malaysia; Singapore Management University dari Singapura; ‘TOBB University of Economics and Technology dan Istanbul Beykent University dari Turkiye serta Cranfield University dan ‘University of Exeter’ dari England. Selain itu, beberapa institusi juga diwakili oleh atau bekerjasama dengan Agensi Perkhidmatan Pendidikan (Education Service Agencies) iaitu Findlay (B) Sdn. Bhd yang mewakili 5 institusi dan Education Malaysia Global Services yang mewakili 10 institusi.
Semasa Ekspo Pengajian Tinggi berlangsung, Kementerian Pendidikan juga akan mengongsikan maklumat-maklumat terkini seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan dan permohonan pengiktirafan kursus atau kelulusan. Antara jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang akan menyertai ekspo itu nanti adalah Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Pusat Inovasi Keusahawanan (EIC), Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan dan Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah. Turut menyertai Ekspo Pengajian Tinggi Kali Ke-10 Tahun 2025 adalah Pejabat Perancangan Tenaga Manusia dan Pusat Pekerjaan Brunei dari Jabatan Perdana Menteri.
Sementara penyertaan daripada kedutaan-kedutaan dan wakil-wakil kedutaan dalam ekspo tersebut nanti adalah:
1. Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam;
2. Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam (EducationUSA);
3. Kedutaan Switzerland di Singapura dan Negara Brunei Darussalam; dan
4. Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia (Study in Australia).
Agensi-agensi swasta yang akan turut serta adalah:
1. Brunei Shell Petroleum;
2. Bank Islam Brunei Darussalam;
3. Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei Group of Companies;
4. Imagine Sdn Bhd;
5. Royal Brunei Airline Sdn Bhd;
6. Paradigm Scholar Agency;
7. Findlay (B) Sdn Bhd;
8. HRDS Educational Services;
9. MEG Educational Services;
10. James Hon Educational Services; dan
11. Avicenna Resources.
Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya pelajar lepasan menengah (lepasan Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level) dan pra-universiti (Brunei-Cambridge GCE ‘A’ Level) atau yang berkelulusan sebanding dengannya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara 'upskilling' (meningkatkan kemahiran yang ada) dan 'reskilling' (mempelajari kemahiran baharu yang lain). Institusi-institusi yang terlibat juga akan mengongsikan program-program seperti National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan program Ijazah Kedoktoran.
Antara faedah menyertai Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025 ini adalah:
1. Mengetahui tatacara permohonan ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi;
2. Mendapatkan bimbingan daripada pakar pengajian tinggi;
3. Berpeluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan wakil pengajian tinggi; dan
4. Mendapatkan maklumat tentang peluang biasiswa.
Kementerian Pendidikan mengalu-alukan orang awam terutamanya para pelajar dan ibu bapa untuk berkunjung ke Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-10 Tahun 2025 selama dua hari tersebut. Kemudahan letak kereta dan Perkhidmatan Bas Ulang Alik (Shuttle Bus) juga akan disediakan bertempat di Letak Kereta Jerudong Park Amphitheatre. Papan-papan tanda akan disediakan bagi menunjukkan tempat letak kereta dan perkhidmatan Bas Ulang Alik (Shuttle Bus).
Untuk maklumat lanjut atau bagi mendapatkan peta kedudukan lokasi tempat letak kereta dan perkhidmatan Bas Ulang Alik (Shuttle Bus), sila layari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau melalui laman Instagram @moe_brunei dan @hiedbrunei.