THE CLOSING CEREMONY OF INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2025

Jan 21, 2025

THE CLOSING CEREMONY OF INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2025

TUESDAY, 21 REJAB 1446 | 21 JANUARY 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN– The Ministry of Education, through the Department of Educators Management today held a Closing Ceremony and Certificate Presentation for the participants of the 2025 Induction Programme at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 ins1.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 ins3.jpeg

The ceremony began with closing remarks of the Induction Programme by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of the Department of Educators Management, Ministry of Education, as Chairperson of the Induction Programme for New Teachers Committee.

 ins4.jpeg

ins5.jpeg 

The ceremony continued with a speech delivered by Yang Mulia Awang Mohammad Yusrey bin Haji Yusli, a representative for the participants followed by the reading of the Teachers' Pledge led by Yang Mulia Awang Mohammad Ziyad bin Alik, one of the participants of the programme.

 ins6.jpeg

ins7.jpeg

ins9.jpeg

ins10.jpeg

ins8.jpeg

ins2.jpeg

The ceremony ended with the presentation of certificates from the Guest of Honour to 29 participants of the Induction Program as well as certificates and a token of appreciation to representatives from 25 departments from the Ministry of Education and agencies involved throughout the programme.

 

Also present at the closing ceremony were Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Heads of Department and senior officers at the Ministry of Education.

 

________________________________________


MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU TAHUN 2025

SELASA, 21 REJAB 1446 | 21 JANUARI 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi peserta Program Induksi Tenaga Pengajar Baharu yang berlangsung di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Penutup Program Induksi ini ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan majlis penutup program yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi Bagi Tenaga Pengajar Baharu.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta program, Awang Mohammad Yusrey bin Haji Yusli, diikuti dengan pembacaan Ikrar Guru secara beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Mohammad Ziyad bin Alik, salah seorang peserta program.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Tetamu Kehormat kepada 29 orang peserta program induksi tersebut dan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada penyampai-penyampai taklimat serta fasilitator, yang terdiri daripada 25 buah jabatan di bawah Kementerian Pendidikan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

 

Turut hadir di majlis penutup ini ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kluster dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/015 (M)
Tarikh: 21 Rejab 1446 / 21 Januari 2025

​​