THE MINISTRY OF EDUCATION'S ISRAK AND MIKRAJ CELEBRATION
Monday, 4 Syaaban 1446 / 3 February 2025
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Curriculum Development Department and Secretariat of National Education Council, held an Israk and Mikraj Celebration for the year 1446H/2025M at the Main Hall, Ministry of Education New Building today.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.




The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, Head of Islamic Education and Arabic Language, Curriculum Development Department.
The event was enlightened by a special religious talk titled 'Hikmah dan Pesan Peristiwa Israk dan Mikraj: Pengajaran Untuk Dunia Pendidikan' delivered by Yang Mulia Dr. Mikdar Rusdi, Senior Assistant Professor, Faculty of Usuluddin, Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB), which highlighted the lessons and teachings from the Israk and Mikraj of Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
The ceremony is one of the Ministry's annual activities in commemorating the celebration of Islamic holidays as well as to strengthen bonds between the officers and staff at the Ministry.
Also present were Permanent Secretaries; Deputy Permanent Secretaries; Heads of Departments as well as officers and staff from the Ministry of Education.
_______________________________________
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Hari Isnin, 4 Syaaban 1446 / 3 Februari 2025
BERAKAS - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1446H/2025M bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, Ketua Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Perkembangan Kurikulum.
Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Hikmah dan Pesan Peristiwa Isra' dan Mi'raj: Pengajaran Untuk Dunia Pendidikan' yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Mikdar Rusdi, Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), yang menyentuh mengenai dengan hikmah-hikmah yang terkandung dalam peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian dalam memperingati dan menyemarakkan sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/024 (M)
Tarikh: 4 Syaaban 1446H / 3 Februari 2025M