OPENING OF THE TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV) APPLICATION FOR THE 2025/2026 ACADEMIC SESSION

Feb 25, 2025


OPENING OF

THE TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV)

APPLICATION FOR THE 2025/2026 ACADEMIC SESSION

Tuesday, 26 Syaaban 1446 / 25 February 2025

 

Berakas - The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic year 2024/2025 specifically for eligible 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions will commence on Wednesday, 26 February 2025 at 8:30 am and will be closed on Thursday, 10 April 2025 at 4.00 pm.

 

The BPTV scheme is offered by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country.

 

This scheme provides opportunities for 'O' level school leavers to continue their studies at a higher level and with the aim of realising Brunei Vision 2035 in producing educated and highly skilled citizens. 

 

The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcomed to apply for the BPTV Scholarship Scheme.

 

Surat Pemberitahuan with reference 4/2025 and the BPTV Scheme (BPTV/A) application form can be obtained from the Ministry of Education website: www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education no later than Thursday, 10 April 2025 at 4.00 pm.


Any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education via:

 

Office Number:           2380019 (Monday to Thursday and Saturday:

                                      7.45 am – 12.15 pm  and 1.30 pm – 4.30 pm)

                                      During Ramadan: 8.00 am – 2.00 pm

 

Email:                           bptv@moe.gov.bn or localscholarship@moe.gov.bn


____________________________________________


PEMBUKAAN PERMOHONAN

SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)

SESI AKADEMIK 2025/2026

Selasa, 26 Syaaban 1446 /  25 Februari 2025

 

Berakas - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2025/2026 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' yang layak untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri akan dibukakan bermula pada hari Rabu, 26 Februari 2025, jam 8:30 pagi dan akan ditutup pada hari Khamis, 10 April 2025, jam 4.00 petang.

 

Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

 

Dengan adanya skim ini, ianya akan dapat memberi peluang pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.  

 

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV. 

 

Surat Pemberitahuan Bilangan 4/2025 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A1) boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan: www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan tidak lewat daripada hari Khamis, 10 April 2025, jam 4.00 petang.


Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui:

 

No. Telefon Pejabat:   2380019 (Isnin hingga Khamis  dan Sabtu:

                                       7.45 pagi – 12.15 tengah hari dan 1.30 petang – 4.30 petang)

                                       Semasa Bulan Ramadan : 8.00 pagi – 2.00 petang

 

Emel:                           bptv@moe.gov.bn atau localscholarship@moe.gov.bn


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/034 (M)

Tarikh: 26 Syaaban 1446H / 25 Februari 2025M​