MINISTRY OF EDUCATION BERTADARUS CEREMONY
IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1446/2025
Saturday, 7 Ramadan 1446/8 March 2025
SERASA – The Ministry of Education through the Department of Co-Curriculum Education, the Department of Special Education and the Entrepreneurship Innovation Center (EIC) today held a Bertadarus Ceremony in conjunction with the month of Ramadan at the Kampong Perpindahan Serasa Mosque.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) at the Ministry of Education, Brunei Darussalam.
The event commenced with a mass Zohor prayer, followed by the presentation of wakaf contributions from the Ministry of Education by the Guest of Honour to Yang Mulia Mohd Amirul Rahmad bin Hj Mohammad, Imam Tingkat III, imam of Kampong Perpindahan Serasa Mosque. The event continued with the Bertadarus Ceremony and concluded with the recital of a doa to bless the event led by the imam of the mosque.
The event is one of the annual activities organised by the Ministry of Education and its departments to enliven the month of Ramadan and to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Furthermore, this event serves as a platform to strengthen faith and piety, increased in acts of worship , as well as to foster closer ties among officers and staff of the Ministry of Education.

Also present during the event were Vice-Chancellors, Deputy Permanent Secretary (Core Education), heads of departments, senior officials, officers and staff of the Ministry of Education as well as residents from the surrounding villages.
______________________________________________
MAJLIS BERTADARUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA BULAN RAMADAN
TAHUN 1446H/ 2025M
Hari Sabtu, 7 Ramadan 1446H/8 Mac 2025
SERASA – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Khas dan Pusat Keusahawanan Inovasi pada hari ini telah mengadakan Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Masjid Kampong Perpindahan Serasa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah, diikuti dengan penyampaian sumbangan wakaf daripada Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada Yang Mulia Mohd Amirul Rahmad bin Hj Mohammad, Imam Tingkat III, imam Masjid Kampong Perpindahan Serasa. Selepas itu, acara diikuti dengan Majlis Bertadarus dan diakhiri dengan bacaan doa bagi memberkati majlis yang diketuai oleh imam masjid.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan bulan Ramadan dan memohon keberkatan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selain itu, majlis ini juga menjadi wadah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan amal ibadah, serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib-Naib Canselor, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, serta penduduk kampung sekitarnya.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/037 (M)
Tarikh: 7 Ramadan 1446/8 Mac 2025