MINISTRY OF EDUCATION BERTADARUS CEREMONY
IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1446/2025
Tuesday, 10 Ramadan 1446/11 March 2025
KG. TANAH JAMBU – The Ministry of Education through the Department of Co-Curriculum Education, the Department of Special Education and the Entrepreneurship Innovation Center (EIC) today held a Bertadarus Ceremony in conjunction with the month of Ramadan at the Kampong Tanah Jambu Mosque.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Eduaction) at the Ministry of Education, Brunei Darussalam.
The event commenced with a mass Zohor prayer, followed by the presentation of wakaf contributions from the Ministry of Education by the Guest of Honour to Yang Mulia Mohammad Zakaria bin Haji Mohammad Salleh, a Mosque Affairs Officer, imam of Kampong Tanah Jambu Mosque. The event continued with the Bertadarus Ceremony and concluded with the recital of a doa to bless the event led by the imam of the mosque.


The event is one of the annual activities of the Ministry of Education and its departments with the objectives to enliven the month of Ramadan and to seek blessing from Allah Subhanahu Wa Ta'ala. It is also intended as a means to enhance faith and peity and the practice of worship as well as to strengthen the ties among the officials and staff in the Ministry of Education and to uphold the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to make Brunei a Zikir Country towards Baldatun Thayyibatun Warabbunghafur.
Also present during the event were head of departments, senior officials, officers and staff of the Ministry of Education as well as residents from the surrounding villages.
_____________________________________________________________________________________
MAJLIS BERTADARUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA BULAN RAMADAN
TAHUN 1446H/ 2025M
Hari Selasa, 10 Ramadan 1446H/11 Mac 2025
KG. TANAH JAMBU – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Khas dan Pusat Keusahawanan Inovasi pada hari ini telah mengadakan Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Masjid Kampong Tanah Jambu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah, diikuti dengan penyampaian sumbangan wakaf daripada Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada Yang Mulia Mohammad Zakaria bin Haji Mohammad Salleh, Pegawai Hal Ehwal Masjid, imam Masjid Kampong Tanah Jambu. Selepas itu, acara diikuti dengan Majlis Bertadarus dan diakhiri dengan bacaan doa bagi memberkati majlis yang diketuai oleh imam masjid.
Majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan memohon keberkatan, keredhaan serta kerahmatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ianya juga bertujuan sebagai wadah dalam meningkatkan keimanan dan taqwa, amal ibadat serta mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei sebagai sebuah Negara Zikir bagi menuju ke arah Baldatun Thayyibatun Warabbunghafur.
Turut hadir di majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, serta penduduk kampung sekitarnya.