TAHLIL CEREMONY AT THE ROYAL BRUNEI MAUSOLEUM IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1446 HIJRAH/2025 MASIHI MINISTRY OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM

Mar 12, 2025

TAHLIL CEREMONY AT THE ROYAL BRUNEI MAUSOLEUM

IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN

FOR THE YEAR 1446 HIJRAH/2025 MASIHI

MINISTRY OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM

Wednesday, 11 Ramadan 1446/12 March 2025

 

KUBAH MAKAM DIRAJA – The Ministry of Education, through the Department of Co-Curriculum Education, the Department of Special Education and the Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) today held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil ceremony for Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al -Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah at the Royal Brunei Mausoleum, Jalan Tutong.

 Tahlil di kubah 2025.jpeg

The Ministry of Education's delegation at the ceremony was led by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.

 Tahlil kubah 2025 2.jpeg

The ceremony commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by oleh Yang Mulia Abdul Najib Syazwani bin Shahrani, Imam Grade I, Pehin Khatib Abdullah Kampong Kulapis Mosque. The ceremony continued with Doa Tahlil and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

This event is one of the annual religious activities of the Ministry of Education and its departments to enliven the month of Ramadan and to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Furthermore, this event serves as a platform to strengthen faith and piety, increased in acts of worship , as well as to foster closer ties among officers and staff of the Ministry of Education.

 

Also present were Vice-Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretary (Core Education), senior officials, officers and staff from the Ministry of Education and its departments.

​ ___________________________________________________________________________


MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

SEMPENA BULAN RAMADAN TAHUN 1446 HIJRAH/2025 MASIHI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Hari Rabu, 11 Ramadan 1446/12 Mac 2025

 

KUBAH MAKAM DIRAJA – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidkan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Khas dan Pusat Keusahawanan Innovasi pada hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

 

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pendidikan pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Abdul Najib Syazwani bin Shahrani, Imam Tingkat I, Masjid Pehin Khatib Abdullah Kampong Kulapis. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan bulan Ramadan dan memohon keberkatan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selain itu, majlis ini juga menjadi wadah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan amal ibadah, serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.​

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/039 (M)

Tarikh: 11 Ramadan 1446/12 Mac 2025