NUZUL AL-QURAN COMMEMORATION CEREMONY MINISTRY OF EDUCATION 1446/2025

Mar 22, 2025

NUZUL AL-QURAN COMMEMORATION CEREMONY

MINISTRY OF EDUCATION 1446/2025

Saturday, 21 Ramadan 1446/22 March 2025

 
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Planning and Estate Management, Corporate Communications Division, and Legal Unit today held a Nuzul Al-Quran Commemoration Ceremony for the Ministry of Education 1446/2025 at the Main Hall, Ministry of Education New Building.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

cover Majlis Nuzul 2025.png

Pembaca Doa Majlis Nuzul 2025.png.png

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division , Ministry of Education.

 

The event proceeded with a religious lecture titled “Akal Sehat Berlandaskan Al-Quran" delivered by Yang Mulia Haji Fansuri Sharimi @ Haji Mansur bin Mohamad Ali, Special Grade Mosque Affairs Officer, Head of the Imarah Division, Mosque Affairs Department, Ministry of Religious Affairs.

Penceramah Majlis Nuzul 2025.png

Jemputan Lelaki Majlis Nuzul 2025.png.png

Jemputan Perempuan Majlis Nuzul 2025.png

The ceremony is one of the Ministry's annual activities in commemorating the historic event of the first verses of the Holy Al-Quran were revealed to the Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam from Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Also present were Permanent Secretaries, Vice Chancellor, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments as well as officers and staff of the Ministry of Education.

______________________________________________


MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI NUZUL AL-QURAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1446/2025

Hari Sabtu, 21 Ramadan 1446/22 Mac 2025


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Bahagian Komunikasi Korporat dan Unit Undang-Undang pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran bagi peringkat Kementerian Pendidikan Tahun 1446/2025 di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan.

 

Acara kemudian diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Akal Sehat Berlandaskan Al-Quran" yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Fansuri Sharimi @ Haji Mansur bin Mohamad Ali, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian dalam sama-sama memperingati peristiwa bersejarah berkenaan dengan turunnya ayat-ayat pertama kitab suci Al-Quran Al-Karim kepada junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai wahyu daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.


Reference: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/41 (M)

Date: 21 Ramadan 1446/22 March 2025​