APPLICATION OPENING FOR THE TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING SCHEME (TVET) ACADEMIC SESSION 2025/2026

Apr 10, 2025

APPLICATION OPENING FOR THE

TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING SCHEME (TVET)

ACADEMIC SESSION 2025/2026

Thursday, 11 Syawal 1446 / 10 April 2025

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education and Training Scheme (TVET) for the academic session 2025/2026 specifically for eligible 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions is opened starting today, Thursday, 10 April 2025 at 8.30 a.m. until Saturday, 10 May 2025 at 4.00 p.m.

 

The TVET scheme is one of the cooperation projects between the Ministry of Education, Manpower Planning Office (PPTM), Prime Minister's Office and Job Centre Brunei (PPB), Prime Minister's Office. This scheme is offered by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to provide programmes geared towards employment whilst improving qualifications and skills of the local population.

 

The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcomed to apply for the TVET Scheme.

 

Surat Pemberitahuan with reference 07/2025 and the TVET Scheme application form can be obtained from the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted via local private higher institutions listed not later than Saturday, 10 May 2025 at 4.00 p.m.

 

For any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:

 

Office Number:              2380019 (Monday to Thursday and Saturday:

                                         7.45 a.m. to 12.15 p.m. and 1.30 p.m. to 4.30p.m.)

 

Email:                              scholarship@moe.gov.bn

 



____________________________________________


PEMBUKAAN PERMOHONAN

SKIM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)

SESI AKADEMIK 2025/2026

 Hari Khamis, 11 Syawal 1446 / 10 April 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi akademik 2025/2026 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negeri telah dibukakan bermula hari ini, Khamis, 10 April 2025, jam 8.30 pagi hingga hari Sabtu, 10 Mei 2025, jam 4.00 petang.

 

Skim TVET adalah merupakan salah satu projek kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, pihak Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM), Jabatan Perdana Menteri dan pihak Pusat Pekerjaan Brunei (PPB), Jabatan Perdana Menteri. Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak-anak tempatan.

 

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan Skim TVET ini.

 

Surat Pemberitahuan bilangan 07/2025 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan iaitu ke pihak institusi yang ditetapkan tidak lewat pada hari Sabtu, 10 Mei 2025, jam 4.00 petang.

 

Bagi pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui:

 

No. Telefon Pejabat:   2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu:

                                       7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang)

 

Emel:                             scholarship@moe.gov.bn


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/043 (M)

Tarikh: 11 Syawal 1446/ 10 April 2025​