NATIONAL FINANCIAL LITERACY COUNCIL PILLAR 1 WORKSHOP

Apr 17, 2025

NATIONAL FINANCIAL LITERACY COUNCIL PILLAR 1 WORKSHOP

Wednesday, 10 Syawal 1446 / 9 April 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education and the Ministry of Culture, Youth and Sports, as the Chair and Deputy Chair of the National Financial Literacy Council (NFLC) Pillar 1, organised a workshop for members of Pillar 1 comprising various ministries and relevant organisations. The workshop was held on Wednesday, 9 April 2025, at the Dewan Digadong, Ministry of Culture, Youth and Sports.

Bengkel Cellik Kewangan_2025_1.png

The workshop aimed to share and strengthen understanding of the core objectives and strategic goals of Pillar 1, which focuses on 'Financial Education and Awareness'. The workshop also emphasised the development of Key Performance Indicators (KPIs) and an action plan to support the implementation of Pillar 1's strategic goals under the National Financial Literacy Council.​

Present as Chair of Pillar 1 was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, while Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Permanent Secretary (Community), Ministry of Culture, Youth and Sports, attended as Deputy Chair of Pillar 1.

FL4(2).JPG

FL2(1).JPG

This workshop reflects the ongoing commitment of various stakeholders to strengthen financial literacy in the community through close collaboration between government agencies and relevant organisations.​

FL1.JPG

FL3.JPG

_______________________________________


BENGKEL MAJLIS KEBANGSAAN CELIK KEWANGAN PILLAR 1

Hari Rabu, 10 Syawal 1446 / 9 April 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi Majlis Kebangsaan Celik Kewangan (MKCK) Pillar 1 telah menganjurkan bengkel bagi ahli Pillar 1 yang merangkumi kementerian-kementerian serta organisasi-organisasi berkaitan. Bengkel ini telah berlangsung pada hari Rabu, 9 April 2025 bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bengkel ini diadakan bagi mengongsikan serta memperkukuh pemahaman mengenai objektif utama dan matlamat strategik Pillar 1, iaitu 'Financial Education and Awareness'. Di samping itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada pembentukan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI) dan pelan tindakan bagi menyokong pelaksanaan matlamat strategik di bawah Pillar 1 Majlis Kebangsaan Celik Kewangan.

Hadir selaku Pengerusi Pillar 1 ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, manakala Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku Timbalan Pengerusi Pillar 1.

Bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkasa celik kewangan dalam kalangan masyarakat melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan dan organisasi berkaitan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/044 (M)

Tarikh: 10 Syawal 1446 / 9 April 2025​