ANTI-TOBACCO AWARENESS EDUCATION PROGRAMME AND PROCEDURES FOR ADDRESSING SMOKING OR VAPING OFFENCES AT THE SCHOOL LEVEL

Apr 17, 2025

ANTI-TOBACCO AWARENESS EDUCATION PROGRAMME AND PROCEDURES FOR ADDRESSING SMOKING OR VAPING OFFENCES AT THE SCHOOL LEVEL

Thursday, 18 Syawal 1446 / 17 April 2025

 

TUTONG – The Ministry of Education, Brunei Darussalam, through the Department of Schools, today continued the Anti-Tobacco Awareness Education Programme and Procedures for Addressing Smoking or Vaping Offences at the School Level.


Today's programme held at Pusat Tingkatan Enam Tutong was attended by School Leaders, Senior Teachers for Student Affairs, as well as Chairpersons of the Parents and Teachers Association (PTA) from schools under Cluster 3.

Taklimat on Smoking and Vaping_2025.jpeg

The Anti-Tobacco and Vaping Awareness Education Programme is one of the initiatives by the Department of Schools, Ministry of Education, Brunei Darussalam, aimed at raising awareness and addressing the social issues associated with student disciplinary offences related to the use of tobacco or vaping within the school environment. This programme is also implemented as part of the Ministry of Education's support for the Cross Functional Teams for Health (CFT) 2022–2025 initiative by the Ministry of Health, particularly in supporting one of its key actions: Giving Every Child the Best Start in Life.

 

The programme featured briefing sessions delivered by the Health Enforcement Division, Department of Policy and Planning, Ministry of Health; the Royal Customs and Excise Department, Ministry of Finance and Economy; and the Student Welfare and Development Unit from the Student Affairs Division, Department of Schools, Ministry of Education.

Taklimat From MoE_2025.jpeg

Taklimat From MoFE_2025.jpeg

Taklimat From MoH_2025.jpeg

The main objectives of the programme are as follows:

1.     Raising students' awareness of the health risks associated with the use of tobacco and vaping by providing an understanding of the negative effects on health and academic performance, through a guidance-based approach and the implementation of various educational and awareness programmes and activities within the school.

2.     To increase awareness particularly among students, parents, the Parents and Teachers Association (PTA), as well as Penghulu of Mukims and Village Heads regarding the guidelines and school's actions in addressing tobacco and vaping-related offences.

 

Through this programme, it is hoped that students, teachers, parents, the entire school community, and society at large will better understand their respective roles in addressing school disciplinary issues involving the use of tobacco and vape, along with the actions to be taken against those involved.

 

The same programme was held for schools under Cluster 1 on 15 April 2025 at Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), while for schools under Cluster 2, it will be held on 19 April 2025 at Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

___________________________________________________________________


PROGRAM PENDIDIKAN KESEDARAN ANTI TEMBAKAU DAN

TATACARA TINDAKAN MENANGANI KESALAHAN ROKOK ATAU VAPE

BAGI PERINGKAT SEKOLAH

Khamis, 18 Syawal 1446 | 17 April 2025


TUTONG – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah hari ini telah meneruskan lagi Program Pendidikan Kesedaran Anti Tembakau dan Tatacara Tindakan Menangani Kesalahan Rokok Atau Vape bagi Peringkat Sekolah.

 

Program pada hari ini dihadiri oleh para Pemimpin Sekolah, Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari sekolah-sekolah di bawah Kluster 3 yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam Tutong.

 

Program Pendidikan Kesedaran Anti Tembakau dan Vape merupakan salah satu inisiatif Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan kesedaran serta membendung gejala sosial yang melibatkan kesalahan disiplin pelajar berkaitan penggunaan rokok atau vape di persekitaran sekolah. Program ini turut dilaksanakan sebagai usaha sokongan Kementerian Pendidikan terhadap inisiatif Cross Functional Teams for Health (CFT) 2022–2025 oleh Kementerian Kesihatan, khususnya dalam menyokong salah satu tindakan utama, iaitu Giving Every Child the Best Start in Life.

 

Program diisikan dengan sesi taklimat daripada Bahagian Penguatkuasa Kesihatan, Jabatan Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan; Jabatan Kastam Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi; dan Unit Kesejahteraan dan Perkembangan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Antara objektif utama pelaksanaan program ini adalah:

  1. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang risiko kesihatan yang berpunca daripada penggunaan tembakau dan vape dengan memberikan pemahaman mengenai kesan negatif terhadap kesihatan dan prestasi akademik iaitu melalui pendekatan bimbingan serta pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti sekolah yang berbentuk pendidikan dan kesedaran.
  2. Memperluaskan pemahaman khususnya kepada pelajar, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Penghulu Mukim dan Ketua Kampung mengenai garis panduan dan tindakan pihak sekolah dalam menangani kesalahan berkaitan penggunaan tembakau dan vape.

 

Melalui program ini, adalah diharapkan agar pelajar, guru, ibu bapa, serta seluruh warga sekolah serta masyarakat secara amnya dapat memahami peranan masing-masing dalam menangani isu disiplin di sekolah yang melibatkan kesalahan penggunaan tembakau dan vape, serta tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan tersebut.

 

Program yang sama telah diadakan bagi sekolah-sekolah di bawah Kluster 1 pada 15 April 2025 yang lalu bertempat di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), sementara bagi sekolah-sekolah di bawah Kluster 2 akan diadakan pada 19 April 2025 di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.