PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS NETBALL SUPER LEAGUE 2025 (BDSNSL 2025)

Apr 22, 2025


PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE
BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS NETBALL SUPER LEAGUE 2025 (BDSNSL 2025)

Tuesday, 23 Syawal 1446 / 22 April 2025

 

BERAKAS – The Ministry of Education, through the Physical and Recreational Division, Department of Co-Curriculum Education, today held the Prize Presentation Ceremony for the Brunei Darussalam Schools Netball Super League 2025 (BDSNSL 2025) at the Multi-Purpose Hall, Hassanal Bolkiah National Sports Complex, Berakas.

bj2.jpeg

b3.jpeg

b4.jpeg

Present as the Guest of Honour to present the prizes to the winners was  Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education.

 

This year, BDSNSL 2025 was organised in a league format involving six schools that retained their positions from BDSNSL 2024, along with two top teams from the Brunei Darussalam Schools Netball Premier Cup 2024 (BDSNPC 2024), who qualified to enter BDSNSL 2025.

 

One of the objectives of organising this tournament is to identify students with potential and talent in netball to represent the Brunei Darussalam Schools Sports Council (MS SSBD) Netball Team at national, regional, and international championships.

b5.jpeg

 bj1.jpeg

Additionally, the tournament also aims to enhance and strengthen collaborative networks between educational institutions and relevant agencies in promoting education through netball among students and to support the Sustainable Development Goals (SDGs) in ensuring healthy lives and well-being for all age groups.


___________________________________


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUPER

SEKOLAH-SEKOLAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, TAHUN 2025

(BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS NETBALL SUPER LEAGUE, BDSNSL 2025)

Hari Selasa, 23 Syawal 1446 / 22 April 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Liga Super Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam, Tahun 2025 (Brunei Darussalam Schools Netball Super League, BDSNSL 2025) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan.

 

Pada tahun ini, BDSNSL? 2025 diadakan dengan format liga yang melibatkan enam buah sekolah yang mengekalkan kedudukan di BDSNSL 2024 dan dua pasukan teratas di Kejohanan Bola Jaring Piala Perdana Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Schools Netball Premier Cup, BDSNPC 2024) yang telah layak masuk ke BDSNSL 2025.

 

Antara tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam sukan bola jaring bagi mewakili Pasukan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) ke kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

 

Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi-institusi pendidikan dan agensi-agensi berkaitan dalam usaha menerapkan pendidikan melalui sukan bola jaring dalam kalangan pelajar, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera untuk semua peringkat umur.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/048 (M)

Tarikh: 23 Syawal 1446 / 22 April 2025​