CONTRACT SIGNING CEREMONY BETWEEN
THE MINISTRY OF EDUCATION AND INFRAMAC TECHNOLOGY & MARKETING
Thursday, 10 Zulkaedah 1445 | 8 May 2025
BERAKAS – A signing ceremony between the Ministry of Education, Brunei Darussalam, and Inframac Technology & Marketing Sdn Bhd was held today at the P2 Meeting Room, Ministry of Education.



Signing on behalf of the Ministry of Education was Yang Mulia Awang Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, while Inframac Technology & Marketing Sdn Bhd was represented by Yang Mulia Ang Kok Hwee, Director of the company.
The contract signed was for the School Network Infrastructure Upgrade Phase I project involving nine schools under the Ministry of Education. The nine schools are Maktab Duli PMAMB, Maktab Sains Paduka Seri Begawan, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali and Sekolah Menengah Rimba II.


The purpose of this project is to replace and re-architect the existing legacy ICT network infrastructure in these schools. It will enhance the reliability and seamless access to ICT systems, digital educational resources, blended teaching and learning technologies, e-Government services, as well as internet connectivity.

Also in attendance was Yang Mulia Awang Haji Ibnu Khairinuddin bin Awang Haji Ibrahim, Acting Director, Department of Information and Communication Technology, Ministry of Education.
______________________________________________
MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK PERJANJIAN ANTARA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN INFRAMAC TECHNOLOGY & MARKETING
Khamis, 10 Zulkaedah 1446 | 8 Mei 2025
BERAKAS – Majlis Penandatanganan Kontrak Antara Kementerian Pendidikan, Brunei Darussalam dan Inframac Technology & Marketing Sdn Bhd telah berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat P2, Kementerian Pendidikan.
Penandatanganan bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Yang Mulia Awang Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi), Kementerian Pendidikan, manakala Inframac Technology & Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Yang Mulia Ang Kok Hwee, Pengarah syarikat.
Kontrak yang ditandantangani adalah untuk Projek Peningkatan Infrastruktur Rangkaian Sekolah Fasa 1 yang melibatkan sembilan buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah tersebut adalah Maktab Duli PMAMB, Maktab Sains Paduka Seri Begawan, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Sekolah Menengah Rimba II.
Tujuan projek ini adalah untuk menggantikan dan merangka semula infrastruktur rangkaian ICT yang sedia ada di sekolah-sekolah tersebut. Ia akan meningkatkan kebolehpercayaan dan akses yang lancar kepada sistem ICT, sumber pendidikan digital, teknologi pengajaran dan pembelajaran secara hibrid, perkhidmatan e-Kerajaan, serta sambungan internet.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Ibnu Khairinuddin bin Awang Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/054 (M)
Tarikh: 10 Zulkaedah 1446 / 8 Mei 2025