THE 7TH SCHOOL LEADERS CONVENTION 2025
Thursday, 10 Zulkaedah 1446 | 8 May 2025
JERUDONG – The Ministry of Education through the Department of Educators Management in collaboration with the Department of Schools today held the 7th School Leaders Convention 2025 at the BRIDEX Convention Hall.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a welcoming speech by Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Director of Schools, Ministry of Education, as Co-Chairperson of the Convention.

The event continued with a speech by the Guest of Honour, followed by the official opening of the convention and the launch of the “Buku Panduan Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum". This guidebook, spearheaded by the Co-Curriculum Education Department, is the result of collaborative efforts among various divisions within the Ministry of Education, including school leaders through the School Leaders' Convention platform which has been implemented in phases across schools since 2023. The Guidebook also serves as a reference for schools in administering and managing co-curricular activities through the Program Sahsiah Pelajar (PSP). These co-curricular activities offer diverse forms of knowledge and experiences that contribute to students' holistic development, encompassing intellectual, mental, emotional, physical, and social aspects. In addition, co-curricular activities play a role in nurturing students' potential and talents, while shaping noble character and behaviour in line with the core values of the Malay Islamic Monarchy (MIB) philosophy.

The event was followed by a keynote speech titled “The CCA Approach and LEAPS Framework in Singapore Schools" by Yang Mulia Mr. Lim Cheng Tju, Deputy Director of Student Development at the Student Development Coordination Office (SDCO), Ministry of Education, the Republic of Singapore. The keynote presentation includes an overview of the CCA (Co-Curricular Activities) approach and the evolution of the LEAPS framework implemented in schools across the Republic of Singapore.


A total of 426 invited guests and participants, comprising school leaders from government and private primary schools, secondary schools, colleges, and sixth form centres under the Ministry of Education as well as the Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs attended the Convention.
With the theme “Quality Leaders, Quality Education", the convention aimed to strengthen systemic integration within the Ministry of Education by fostering a culture of collaboration among all stakeholders. The objectives of the convention included enhancing the capacity and competence of school leaders, improving shared accountability between departments and schools in the implementation of Ministry of Education initiatives, and recognising the contributions and achievements of schools.
The sub-theme of this year's Convention, “Strengthening Students' Future-Ready Skills", aims to raise awareness and understanding of the implementation of co-curricular activities in neighbouring countries, as well as to provide guidelines for the implementation of these activities in Primary Schools, Secondary Schools, Colleges, and Sixth Form Centres in Brunei Darussalam.
The morning session concluded with a presentation conducted by the Co-Curriculum Education Department, Ministry of Education on the “Way Forward For Program Sahsiah Pelajar".
The afternoon session continued with a forum involving heads of departments and school leaders. The forum discussed the collective efforts of various parties in enhancing shared accountability and improving the quality of implementation of initiatives aimed at achieving the convention's sub-theme at the school level.


The convention concluded with the presentation of letters of appointment to newly appointed school leaders and presentation of incentives to government schools that had achieved excellence in public examinations and other accomplishments.



A total of 10 primary schools received incentives for the Penilaian Sekolah Rendah (PSR); 6 secondary schools received incentives for achievements in the Brunei-Cambridge GCE 'O' Level and IGCSE examinations; 4 sixth form centres received incentives for achievements in the Brunei-Cambridge GCE 'A' Level examination; while one secondary school received incentives for achievements in the BTEC Programme. In addition, 23 schools received incentives for achievements in the Whole School Evaluation (WSE); 9 schools for the School Cleanliness and Safety Assessment Programme; and 9 schools received the School Library Award Incentive.
Also present were Acting Vice Chancellor Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), heads of departments, officers from the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs
________________________________________________
KONVENSYEN PEMIMPIN SEKOLAH KE-7 TAHUN 2025
Khamis, 10 Zulkaedah 1446 | 8 Mei 2025
JERUDONG – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah mengadakan Konvensyen Pemimpin Sekolah Ke-7 Tahun 2025 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Bersama Konvensyen.
Acara diikuti dengan ucapan tetamu kehormat dan perasmian konvensyen serta pelancaran “Buku Panduan Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum". Buku panduan yang diterajui oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini merupakan hasil usaha sama pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan, termasuk pemimpin-pemimpin sekolah melalui platform Konvensyen Pemimpin Sekolah serta pelaksanaan secara berfasa di sekolah-sekolah sejak tahun 2023. Buku panduan ini juga digunakan sebagai panduan pihak sekolah dalam mentadbir dan mengurus kegiatan kokurikulum melalui Program Sahsiah Pelajar (PSP). Kegiatan kokurikulum ini dapat menyediakan pelbagai bentuk pengetahuan dan pengalaman yang menyumbang kepada perkembangan holistik pelajar merangkumi aspek intelektual, mental, emosi, fizikal dan sosial. Selain itu, kegiatan kokurikulum turut berperanan dalam mengembangkan potensi dan bakat pelajar, di samping membentuk perwatakan serta tingkah laku yang mulia, selaras dengan nilai-nilai murni berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).
Acara seterusnya ialah ucaptama bertajuk “The CCA Approach and LEAPS Framework in Singapore Schools" yang disampaikan oleh Yang Mulia Mr. Lim Cheng Tju, Timbalan Pengarah Pembangunan Pelajar, Pejabat Penyelarasan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pendidikan, Republik Singapura. Antara perisian ucaptama ini adalah perkongsian mengenai gambaran keseluruhan pendekatan Kokurikulum Berasaskan Aktiviti (CCA) dan evolusi rangka kerja LEAPS yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Republik Singapura.
Seramai 426 orang jemputan dan peserta yang terdiri daripada pemimpin sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menghadiri Konvensyen berkenaan.
Dengan tema “Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti", konvensyen ini bertujuan untuk mengukuhkan kesepaduan sistemik di Kementerian Pendidikan melalui pemupukan budaya kolaboratif dalam kalangan semua pihak berkepentingan. Objektif konvensyen ini merangkumi pengukuhan kapasiti dan kompetensi pemimpin sekolah, peningkatan akauntabiliti bersama di antara jabatan dan sekolah dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan, serta pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian sekolah-sekolah.
Subtema Konvensyen pada tahun ini, “Strengthening Students' Future Ready Skills", bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pelaksanaan kegiatan kokurikulum di negara-negara jiran, serta menyediakan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti tersebut di Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab-Maktab dan Pusat-Pusat Tingkatan Enam di Negara Brunei Darussalam.
Sesi pagi diakhiri dengan pembentangan bertajuk “Halatuju Program Sahsiah Pelajar" yang disampaikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.
Sesi petang pula diteruskan dengan sebuah forum yang melibatkan ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin sekolah. Forum tersebut membincangkan usaha pelbagai pihak dalam mempertingkatkan akauntabiliti bersama serta meningkatkan kualiti pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang menjurus kepada pencapaian subtema konvensyen di peringkat sekolah.
Konvensyen tersebut diakhiri dengan penyampaian surat pelantikan pemimpin-pemimpin sekolah baharu serta penyampaian insentif kepada sekolah-sekolah kerajaan yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan pencapaian lain.
Sebanyak 10 buah sekolah rendah menerima insentif dalam Penilaian Sekolah Rendah; 6 buah sekolah menengah menerima insentif dalam Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level dan IGCSE; 4 buah pusat tingkatan enam menerima insentif dalam Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'A' Level; manakala sebuah sekolah menengah menerima insentif dalam Program BTEC. Selain itu, 23 buah sekolah menerima insentif dalam Whole School Evaluation (WSE); 9 buah sekolah bagi Program Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Sekolah; dan 9 buah sekolah menerima Insentif Anugerah Perpustakaan Sekolah.
Turut hadir di konvensyen berkenaan ialah Yang Mulia Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/053 (M)
Tarikh: 10 Zulkaedah 1446 / 8 Mei 2025