INDUCTION PROGRAMME FOR EDUCATION SPECIALISTS' WORK PLACEMENT 2025 AND PRESENTATION CEREMONY OF APPOINTMENT LETTERS FOR EDUCATION SPECIALISTS

May 14, 2025


INDUCTION PROGRAMME FOR EDUCATION SPECIALISTS' WORK PLACEMENT 2025 AND PRESENTATION CEREMONY OF APPOINTMENT LETTERS FOR EDUCATION SPECIALISTS

Wednesday, 16 Zulkaedah 1446 | 14 May 2025


BERAKAS  The Ministry of Education, through the Specialist Unit, Planning and Career Development Division, Department of Educators Management, today held the Induction Programme for Education Specialists' Work Attachment 2025 and the Presentation Ceremony of Appointment Letters For Education Specialists, held at London Hall, Airport Mall.


Present as the Guest of Honour at the Presentation Ceremony of Appointment Letters For Education Specialists was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

16.jpeg

p15.jpeg

The morning session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by welcoming remarks delivered by Yang Mulia Dayang Hajah Rosinah binti Haji Sabli, Head of the Specialist Unit, Planning and Career Development Division, Department of Educators Management, Ministry of Education. The session was followed by a series of briefings delivered by representatives from the Department of Schools, the Department of Schools Inspectorate, and the Department of Educators Management. The morning session concluded with two workshops conducted by the Counselling Division, Ministry of Education, namely: “Leading with Character: Excellence, Compassion and Responsibility" and “Growth Mindset". The afternoon session continued with a workshop titled “RACI and GANTT Chart", conducted by the representative from Strategic Enterprise Performance and Delivery Unit (SEPaDU), Ministry of Education.​

pe14.jpeg

The Presentation Ceremony of Appointment Letters for Education Specialists this afternoon commenced with welcoming remarks by Yang Mulia Dayang Masfarinawati binti Haji Aminuddin, Assistant Director of Educators Management, Ministry of Education, as Deputy Chairperson of the event.

pe12.jpeg 
pe13.jpeg

The ceremony proceeded with the Presentation Ceremony of Appointment Letters to 10 newly appointed Education Specialists, comprising educators from government schools, as well as the presentation of certificates to the presenters and participants of the Induction Programme, presented by the Guest of Honour.  The participants of this Induction Programme comprise Education Specialists, including educators from government schools, school leaders, as well as mentors from departments involved in the Specialist Work Attachment Programme (SWAP).


Among the main aims of the Induction Programme is equipping Education Specialists with the essential skills and knowledge required to perform their duties and responsibilities effectively. The programme also aims to foster the participants' professional development by introducing relevant tools and skills to support their continuous growth. Additionally, emphasis is placed on aligning the roles of Education Specialists with the Ministry of Education's strategic educational goals to ensure their contributions create sustainable and significant impact within the education landscape.


​____________________________________________


PROGRAM INDUKSI PENEMPATAN KERJA PAKAR PENDIDIKAN 2025 DAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN PAKAR PENDIDIKAN

Rabu, 16 Zulkaedah 1446 | 14 Mei 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan, melalui Unit Kepakaran, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Pendidik, pada hari ini telah mengadakan Program Induksi Penempatan Kerja Pakar Pendidikan 2025 dan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Pakar Pendidikan, bertempat di London Hall, Airport Mall.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Penyampaian Surat Lantikan Pakar Pendidikan ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Sesi pada sebelah pagi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Rosinah binti Haji Sabli, Ketua Unit Kepakaran, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan. Sesi seterusnya diteruskan dengan penyampaian beberapa taklimat oleh wakil dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, dan Jabatan Pengurusan Pendidik. Sesi pada pagi ini diakhiri dengan dua bengkel daripada pihak Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, iaitu bengkel “Memimpin dengan Akhlak: Kecemerlangan, Kasih Sayang dan Tanggungjawab," dan bengkel “Growth Mindset". Sesi petang diteruskan dengan bengkel bertajuk “RACI dan Carta GANTT (GANTT Chart)", yang telah dikendalikan oleh pihak Strategic Enterprise Performance and Delivery Unit (SEPaDU), Kementerian Pendidikan.

Majlis Penyampaian Surat Lantikan Pakar Pendidikan pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Masfarinawati binti Haji Aminuddin, Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi Majlis. 


Majlis diteruskan dengan Penyampaian Surat Lantikan kepada 10 orang Pakar Pendidikan yang baru dilantik yang terdiri daripada tenaga pengajar di sekolah-sekolah kerajaan, serta penyampaian sijil kepada para penyampai taklimat dan peserta Program Induksi, yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Para peserta Program Induksi ini terdiri daripada Pakar Pendidikan, termasuk tenaga pengajar di sekolah-sekolah kerajaan, pemimpin sekolah serta mentor daripada jabatan-jabatan yang terlibat dalam Program Penempatan Kerja Pakar Pendidikan (SWAP).

 

Antara tujuan utama Program Induksi ini adalah untuk melengkapkan Pakar Pendidikan dengan kemahiran dan pengetahuan asas yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Program ini turut bertujuan memupuk perkembangan profesional peserta melalui pendedahan kepada pelbagai kaedah dan kemahiran yang relevan dalam menyokong pembangunan berterusan mereka. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada keperluan penyelarasan bidang tugas Pakar Pendidikan dengan matlamat strategik Kementerian Pendidikan, agar sumbangan mereka dapat memberikan impak yang mampan dan signifikan dalam landskap pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/057 (M)

Tarikh: 16  Zulkaedah 1446 / 14 Mei 2025​