THE 7TH APEC EDUCATION MINISTERS MEETING (7TH AEMM)
JEJU, REPUBLIC OF KOREA
13-15 MAY 2025
REPUBLIC OF KOREA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam attended the 7th APEC Education Ministers Meeting (7TH AEMM) held from 13th to 15th May 2025 at the International Convention Centre, Jeju, Republic of Korea.

The APEC Education Ministers Meeting serves as the highest-level platform for discussing education policy within the APEC region. Typically convened every four (04) years, the 7th AEMM marked its return after a nine (09) years interval since the 6th AEMM held in Peru in 2016. There were 20 out of 21 ministers or representatives of member economies attended the meeting, where discussions were centered around challenges and strategic directions for the future of education. Additionally, the meeting sought to foster exchanges of insights and best practices in educational innovation, address challenges in the digital era, and explore opportunities for stronger regional cooperation.
The Republic of Korea in its capacity as the Chair of APEC 2025 aimed to advance the development of inclusive and resilient education across the region. The theme for this year’s meeting is “Bridging Educational Gaps and Promoting Inclusive Growth in the Era of Digital Transformation”. It was officiated by His Excellency Mr. Lee Ju-Ho, Acting President, the Deputy Prime Minister and Minister of Education of the Republic of Korea. In his remarks, His Excellency highlighted the importance to address new challenges, particularly the transformative impact of digital technologies and artificial intelligence, alongside climate change and socio-economic divergence. Likewise, His Excellency underscores APEC's role in navigating global challenges, from financial crises to health issues, through cooperation and solidarity.

During the meeting, APEC Ministers of Education were invited to share insights and best practices on several sub-theme topics such as; Transformation and Personalized Education Innovation; Educational Cooperation and Expanding Access to Opportunities; and on Strengthening Quality Education and Sustainable Economic Growth. Yang Berhormat Minister of Education Brunei Darussalam had the opportunity to share the strategic direction and initiatives including Ministry of Education Digital Transformation Plan 2023–2027, School Network Infrastructure Upgrade (SNIU), and Project national AI training programme for educators. Yang Berhormat Datin also highlighted Brunei Darussalam’s participation in regional initiatives such as the APEC Digital Education Policy Training (ADEPT) Programme. This has facilitated networking with fellow APEC economies to exchange ideas, address digital learning gaps, and co-develop strategies to strengthen teacher capacity.
As part of the meeting program, Yang Berhormat Datin also had the opportunity to engage in a study visit to Seogwi Jungang Girls’ Middle School in Jeju where AI-based, digital, and global competency education was being implemented. These visits provided firsthand insights into Korea’s future-ready education practice.

Among those accompanying the Honorable Minister of Education was Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), and officials from the Ministry of Education.
____________________________________________________________________________
MESYUARAT MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN APEC KALI KE-7
JEJU, REPUBLIK KOREA
13-15 MEI 2025
REPUBLIK KOREA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan APEC kali Ke-7 (7th APEC Education Ministers Meeting, 7th AEMM) yang diadakan pada 13 hingga 15 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Jeju, Republik Korea.
Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan APEC berfungsi sebagai platform peringkat tertinggi bagi membincangkan dasar pendidikan dalam rantau APEC. Pada lazimnya mesyuarat tersebut diadakan setiap empat (04) tahun, walau bagaimanapun, mesyuarat 7th AEMM tersebut diadakan selepas sembilan (09) tahun setelah 6th AEMM diadakan di Peru pada 2016. Seramai 20 daripada 21 menteri atau wakil Ahli Ekonomi APEC menghadiri mesyuarat tersebut, di mana perbincangan tertumpu pada cabaran dan hala tuju strategik untuk masa depan pendidikan. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk memupuk pertukaran pandangan dan amalan terbaik dalam inovasi pendidikan, menangani cabaran dalam era digital, dan meneroka peluang untuk kerjasama serantau yang lebih kukuh.
Republik Korea sebagai 2025 Pengerusi APEC bertujuan untuk memajukan pembangunan pendidikan inklusif dan berdaya tahan di seluruh rantau ini. Tema mesyuarat tahun ini ialah "Merapatkan Jurang Pendidikan dan Menggalakkan Pertumbuhan Inklusif dalam Era Transformasi Digital". Ia dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Lee Ju-Ho, Pemangku Presiden, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Republik Korea. Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama menekankan kepentingan di dalam menangani cabaran baru, terutamanya kesan transformatif teknologi digital dan kecerdasan buatan, seiring dengan perubahan iklim dan perbezaan sosio-ekonomi. Tuan Yang Terutama turut menggariskan peranan APEC dalam menangani cabaran global, daripada krisis kewangan hingga isu kesihatan, melalui kerjasama dan perpaduan.
Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri Pendidikan APEC telah dijemput untuk berkongsi pandangan dan amalan terbaik mengenai beberapa topik sub-tema seperti; Transformasi dan Inovasi Pendidikan yang Dipersonalisasikan; Kerjasama Pendidikan dan Perluasan Akses kepada Peluang; dan mengenai Pemantapan Pendidikan Berkualiti dan Pertumbuhan Ekonomi yang Mampan. Yang Berhormat Menteri Pendidikan Brunei Darussalam berpeluang untuk berkongsi hala tuju strategik dan inisiatif-inisiatif pendidikan Negara Brunei Darussalam termasuk Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan 2023–2027, Projek Peningkatan Infrastruktur Rangkaian Sekolah (School Network Infrastructure Upgrade, SNIU) dan program latihan kecerdasan pendidikan kebangsaan bagi pendidik. Yang Berhormat Datin juga menggariskan mengenai dengan Brunei Darussalam dalam inisiatif serantau seperti Program Latihan Dasar Pendidikan Digital APEC (APEC Digital Education Policy Training, ADEPT). Penyertaan ke program tersebut telah pun membentuk jalinan bersama Ahli-ahli Ekonomi APEC yang lain dalam pertukaran idea, menangani jurang pembelajaran digital, dan membentuk strategi dalam pengukuhan kapasiti pengajar.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Brunei Darussalam juga berpeluang untuk mengadakan lawatan kerja ke Seogwi Jungang Girls’ Middle School di Jeju yang melaksanakan pendidikan berasaskan kepada kecerdasan buatan, digital, dan kemahiran global. Lawatan berkenaan merupakan sebuah pendekatan secara langsung kepada amalan pendidikan Korea yang bersedia untuk masa depan.
Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan ke mesyuarat berkenaan adalah Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.