MINISTRY OF EDUCATION CLEANING CAMPAIGN
IN KAMPUNG TELISAI, TUTONG
Sunday, 20 Zulkaedah 1446 | 18 May 2025
KAMPUNG TELISAI – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services in collaboration with the Department of Planning and Estate Management today conducted a Cleaning Campaign along parts of the road and village areas in Jalan Telisai, Tutong.

Present as the Guest of Honour to participate in the campaign was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.
The Cleaning Campaign is part of the Ministry of Education's efforts to support the initiative of the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK) in ensuring that the environment in Brunei Darussalam remains clean and free from any form of pollution, while also raising awareness among village residents and the public about the importance of maintaining a clean environment.
The event began with the recitation of the Doa Selamat by Yang Mulia Awang Abdul Khalid bin Said, Religious Teacher from Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, followed by a safety briefing before the campaign commenced.

The cleaning effort focused on several roads divided into six zones, covering parts of the roads and village areas along Jalan Telisai, starting from the Tanah Perkuburan Orang Islam Latukan Kampung Telisai to parts of Pantai Tumpuan Telisai.

The campaign, which involved approximately 300 members of the Ministry of Education and 100 residents from the mukim and villages, managed to collect more than 600 kilograms of rubbish.

Also present at this event were the Deputy Permanent Secretaries, Ministry of Education; Penghulu Mukim Telisai; the Village Head of Kampung Telisai; officers from the Secretariat of the Steering Committee on Cleanliness Issues; officers from the Ministry of Education; as well as mukim and village residents who participated.
___________________________________________
KEMPEN KEBERSIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
DI KAWASAN KAMPUNG TELISAI, TUTONG
Ahad, 20 Zulkaedah 1446 | 18 Mei 2025
KAMPUNG TELISAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet pada hari ini telah mengendalikan Kempen Kebersihan di sebahagian jalan raya dan kawasan kampung di Jalan Telisai, Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyertai kempen berkenaan ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.
Kempen Kebersihan ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan dalam menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan persekitaran Negara Brunei Darussalam adalah bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran di samping memberi kesedaran kepada penduduk kampung dan orang awam tentang pentingnya kebersihan kawasan persekitaran.
Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Abdul Khalid bin Said, Guru Ugama dari Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, diikuti dengan penerangan keselamatan sebelum memulakan kempen kebersihan.
Usaha pembersihan tertumpu kepada beberapa jalan raya yang dibahagikan kepada enam zon, yang merangkumi sebahagian jalan raya dan kawasan kampung di Jalan Telisai bermula dari Tanah Perkuburan Orang Islam Latukan Kampung Telisai hingga ke sebahagian Pantai Tumpuan Telisai.
Kempen yang disertai oleh kira-kira 300 orang warga Kementerian Pendidikan, 100 orang penduduk mukim dan kampung itu telah mengumpulkan lebih daripada 600 kilogram sampah-sarap.
Turut hadir pada acara ini ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan; Penghulu Mukim Telisai, Ketua Kampung Telisai; Pegawai-pegawai dari Urus Setia Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan; Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan serta penduduk-penduduk mukim dan kampung yang terlibat.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/060 (M)
Tarikh: 20 Zulkaedah 1446 / 18 Mei 2025