BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE
SCHOOL TWINNING PROGRAMME
26 TO 30 MAY 2025
Monday, 28 Zulkaedah 1446 | 26 May 2025
BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam through the Department of Schools today coordinated a visit for a delegation from Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) comprising 12 Year 13 students, accompanied by one Senior Master and two Senior Mistresses from the six-form centre to Temasek Junior College (TJC), Republic of Singapore. The five-day visit, held from 26 to 30 May 2025 is part of the School Twinning Programme between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.

Present to bid farewell at the Brunei International Airport was Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali, Acting Senior Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools, Ministry of Education.

The School Twinning Programme between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore this year marks the second-round outbound visit between PTEB and TJC, following an inbound visit by TJC to Brunei Darussalam which was successfully conducted from 1 to 5 July 2024, after the first round of this programme was held in 2018 and 2019.
This programme aims to provide meaningful exposure for both students and teachers to diverse teaching and learning environments, while also fostering cross-cultural understanding. Through academic collaboration and joint activities, the programme also promotes the exchange of teaching methods, critical thinking, creativity, and problem-solving skills. Students will also have the opportunity to attend learning sessions, engage in cultural activities with their peers at TJC, and visit places of interest in Singapore.
This initiative is aligned with the Ministry's commitment to broadening students' global outlook and strengthening educational collaboration at the international level.
Also present at the Brunei International Airport were officers from the Department of Schools, Ministry of Education; as well as the parents and family members of the students.
______________________________________________________________________________
PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA
26 HINGGA 30 MEI 2025
Hari Isnin, 28 Zulkaedah 1446 | 26 Mei 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah hari ini telah menyelaras lawatan delegasi Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tahun 13, diiringi oleh tiga orang guru kanan pusat tingkatan enam berkenaan ke Temasek Junior College (TJC), Republik Singapura. Lawatan selama lima hari yang bermula dari 26 hingga 30 Mei 2025, merupakan sebahagian daripada Program Sekolah Berkembar antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Program Sekolah Berkembar bagi tahun ini menandakan pusingan kedua lawatan keluar antara PTEB dan TJC, susulan lawatan masuk oleh TJC ke Brunei Darussalam yang telah berjaya dilaksanakan dari 1 hingga 5 Julai 2024, setelah pusingan pertama program ini dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2019.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan bermakna kepada pelajar dan guru terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, di samping memupuk persefahaman rentas budaya. Melalui kerjasama akademik dan aktiviti kolaboratif, program ini juga menggalakkan pertukaran kaedah pengajaran, pemikiran kritis, kreativiti, serta kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajar turut berpeluang menghadiri sesi pembelajaran, menyertai aktiviti kebudayaan bersama rakan mereka di TJC dan melawat tempat-tempat menarik di Singapura.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kementerian dalam memperluas wawasan global pelajar serta memperkukuh hubungan kerjasama pendidikan di peringkat antarabangsa.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.