MINISTRY OF EDUCATION IBADAH KORBAN CEREMONY 1446/2025
Monday, 12 Zulhijjah 1446 | 9 June 2025
LAMBAK – The Ministry of Education through the Department of Higher Education, the Department of Information and Communication Technology as well as the Lifelong Learning Centre today held the Ministry of Education Ibadah Korban Ceremony for 1446/2025 at the Sekolah Menengah Lambak Kiri Hall.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Sayyidul Istighfar led by Yang Mulia Ustaz Mohammad Hazmi bin Haji Ahmad, Education Officer from the Department of Examinations, Ministry of Education, followed by a special religious talk titled “Lelah Lillah" delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Religious Officer from the Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

The event continued with the distribution of korban meat by the Yang Berhormat Minister of Education to recipients and participants, including afdal recipients, students from Sekolah Menengah Lambak Kiri and Sekolah Rendah Dato Othman.

This was followed by a recitation of Selawat Tafrijiyah by students from Sekolah Menengah Lambak Kiri, and the ceremony concluded with the reading of a Doa Selamat.
This annual religious activity aims to commemorate the significant days in the Islamic calendar while nurturing faith, gratitude, and compassion. It also provides Ministry staff the opportunity to engage in charitable acts and give to those in need, reinforcing values of generosity and social responsibility in accordance with Islamic teachings. This year, a total of five buffaloes were sacrificed through the participation of officers, staff, and the families from various departments under the Ministry of Education.
Also in attendance were Permanent Secretary (Higher Education), Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, school leaders, as well as officers and staff from the Ministry of Education.
______________________________________________
MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1446/2025
Isnin, 12 Zulhijjah 1446 | 9 Jun 2025
LAMBAK – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat pada hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 1446/2025 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan bacaan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Hazmi bin Haji Ahmad, Pegawai Pendidikan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, diikuti dengan dengan ceramah khas bertajuk “Lelah Lillah" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis diteruskan dengan penyampaian daging korban oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan kepada para penerima dan peserta, termasuk penerima afdal, serta pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Sekolah Rendah Dato Othman.
Majlis diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah oleh para pelajar Sekolah Menengah Lambak Kiri dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam, memupuk keimanan, kesyukuran dan belas kasihan. Majlis juga bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Kementerian untuk beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan bagi memperkukuh nilai kemurahan hati dan pemedulian masyarakat melalui ajaran Islam. Pada tahun ini, sebanyak lima ekor kerbau telah dikorbankan melalui penyertaan pegawai, kakitangan dan ahli keluarga dari pelbagai bahagian di bawah Kementerian Pendidikan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua- Ketua Jabatan, Pemimpin- Pemimpin Sekolah, Pegawai- Pegawai dan Kakitangan Kementeria Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/074 (M)
Tarikh: 12 Zulhijjah 1446 / 9 Jun 2025