ASEAN MINISTERS OF EDUCATION ROUNDTABLE ON ACCELERATING INNOVATIVE STRATEGIES: MITIGATING OUT-OF-SCHOOL CHILDREN AND YOUTH (OOSCY) CHALLENGES
ASEAN HIGHER EDUCATION MINISTERS' ROUNDTABLE: ENVISIONING THE NEXT DECADE AND BEYOND
ASEAN EDUCATION FORUM: ACCELERATING INNOVATIVE STRATEGIES: MITIGATING OUT-OF-SCHOOL CHILDREN AND YOUTH (OOSCY)
17 JUNE 2025 TO 20 JUNE 2025
Friday, 20th June 2025 – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education attended the ASEAN Ministers of Education Roundtable on Accelerating Innovative Strategies: Mitigating Out of School Children and Youth (OOSCY) Challenges, and the ASEAN Higher Education Ministers' Roundtable: “Envisioning the Next Decade and Beyond".

In conjunction with the ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025, the Ministry of Education and the Ministry of Higher Education, Malaysia held two (02) ministerial meetings from 17 to 20 June 2025 in Langkawi, Malaysia.


The ASEAN Ministers of Education Roundtable on Accelerating Innovative Strategies: Mitigating OOSCY Challenges was officiated by Her Excellency Fadhlina Sidek, Minister of Education, Malaysia. In her speech, Her Excellency emphasized the need to tackle deficits in foundational learning, skill gaps, and youth unemployment, as these issues worsen the challenge of out-of-school children and youth. She further underscored Malaysia's commitment to providing equitable access to quality education and opportunities for all young people, especially those currently out of school, to participate meaningfully in society. During the Meeting, Yang Berhormat Datin presented an overview of Brunei Darussalam's Compulsory Education Act, highlighting how it has been strengthened by reducing the mandatory school entry age to five years. This crucial change aims to provide earlier access to schooling for children. To support this, a range of initiatives have been introduced, specifically to assist vulnerable groups. These include programs like Bantuan Keperluan Persekolahan Tahunan, by providing school essentials and school feeding programs, all designed as part of a broader effort to address educational challenge.
During the ASEAN Higher Education Ministers' Roundtable, with the theme “Envisioning the Next Decade and Beyond", His Excellency Datuk Dr Zambry Abdul Kadir had highlighted the necessity for higher education institutions to become more inclusive, agile, and responsive to real-world demands in the face of rapid technological and industrial changes. His Excellency further underlined that the goal is to enhance collaboration among governments, academia, and industry to prepare youth for future jobs and create pathways fostering an innovative and cohesive ASEAN that leaves no one behind. In this regard, Yang Berhormat Datin in her remarks emphasized Brunei Darussalam's commitment to elevate higher education institutions to be globally recognized for their academic reputation, employer recognition, faculty quality, and impactful research, producing workforce-ready graduates with evolving skills.
Also in attendance during the meetings were Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), and officials from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

Prior to the ministerial roundtable meetings, Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education had the opportunity to attend the ASEAN Education Forum on Wednesday, 18 Jun 2025, discussing amongst issues on pertinent information, research findings, and sharing of best practices to enhance the accessibility of education for marginalized and disadvantaged children and youth.
________________________________________
MESYUARAT MEJA BULAT MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASEAN MENGENAI MEMPERCEPAT STRATEGI INOVATIF: MENGURANGKAN CABARAN KANAK-KANAK DAN BELIA TIDAK BERSEKOLAH
MESYUARAT MEJA BULAT MENTERI-MENTERI PENGAJIAN TINGGI ASEAN: MENGGAMBARKAN DEKAD YANG AKAN DATANG DAN SETERUSNYA
FORUM PENDIDIKAN ASEAN: MENGURANGKAN CABARAN KANAK-KANAK DAN BELIA TIDAK BERSEKOLAH
17 JUN 2025 HINGGA 20 JUN 2025
Jumaat, 20 Jun 2025 - Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN mengenai Mempercepat Strategi Inovatif: Mengurangkan Cabaran Kanak-Kanak dan Belia Tidak Bersekolah (Out of School Children and Youth, OOSCY), dan Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri Pengajian Tinggi ASEAN: "Menggambarkan Dekad yang akan Datang dan Seterusnya".
Bersempena dengan Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia telah mengadakan dua (02) mesyuarat peringkat menteri dari 17 hingga 20 Jun 2025 di Langkawi, Malaysia.
Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN mengenai Mempercepat Strategi Inovatif: Mengurangkan Cabaran OOSCY telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, Malaysia. Dalam ucapan, beliau menekankan keperluan untuk menangani defisit dalam pembelajaran asas, jurang kemahiran, dan pengangguran di kalangan belia, di mana ianya akan memburukkan lagi cabaran kanak-kanak dan belia yang tidak bersekolah. Beliau seterusnya menggariskan komitmen pihak Malaysia bagi menyediakan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti dan peluang untuk semua golongan muda, terutamanya mereka yang tidak bersekolah, untuk mengambil bahagian secara bermakna dalam masyarakat. Semasa Mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Datin berkesempatan untuk mengongsikan mengenai Akta Pendidikan Wajib di mana Negara Brunei Darussalam telah mengurangkan umur wajib memasuki sekolah kepada lima tahun. Perubahan penting ini bertujuan untuk menyediakan akses awal bagi kanak-kanak ke sekolah. Dalam menyokong usaha ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, khususnya untuk membantu golongan yang memerlukan. Ini adalah termasuk program seperti Bantuan Keperluan Persekolahan Tahunan, yang menyediakan bantuan keperluan persekolahan dan program makanan sekolah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani cabaran pendidikan.
Semasa Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri Pengajian Tinggi ASEAN yang bertemakan "Menggambarkan Dekad yang akan Datang dan Seterusnya", Yang Berhormat Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah menggariskan antara lain keperluan bagi institusi pengajian tinggi untuk menjadi lebih inklusif, tangkas, dan responsif terhadap tuntutan dunia sebenar dalam menghadapi perubahan teknologi dan industri yang pesat, dengan meningkatkan kerjasama antara kerajaan, ahli akademik, dan industri untuk mempersiapkan belia dalam menghadapi pekerjaan masa depan dengan membuka laluan yang memupuk ASEAN dengan lebih inovatif dan padu tanpa ada keciciran. Dalam hal ini, Yang Berhormat Datin menekankan komitmen Brunei Darussalam untuk meningkatkan institusi pengajian tinggi agar diiktiraf secara global untuk reputasi akademik, pengiktirafan majikan, kualiti fakulti, dan penyelidikan yang berimpak yang menghasilkan graduan yang siap bekerja dengan kemahiran yang sentiasa berkembang.
Turut hadir semasa mesyuarat meja bulat tersebut ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Brunei Darussalam.
Sebelum mesyuarat meja bulat berkenaan diadakan, Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan telah berkesempatan untuk menghadiri Forum Pendidikan ASEAN pada Hari Rabu, 18 Jun 2025, bagi membincangkan mengenai isu-isu berkaitan maklumat penting, penemuan penyelidikan, dan perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan keboleh capaian pendidikan untuk kanak-kanak dan belia yang terpinggir dan kurang bernasib baik.