OUTSTANDING GRADUATE AWARD CEREMONY 2025
Thursday, 29 Zulhijjah 1446 | 26 June 2025
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Scholarship Management today held the Outstanding Graduate Awards Ceremony 2025 to honour the academic achievement of 13 graduates who successfully completed their undergraduate studies in 2024 with First Class Honours at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
The recipients were scholars under the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Overseas Scholarship Scheme and the Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP).
Present as the guest of honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

.jpeg)
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Haji Raminey bin Haji Salleh, Scholarship and Welfare Senior Officer, Department of Scholarship Management, followed by a welcoming remark delivered by Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director of Scholarship Management, Ministry of Education.



The highlight of the ceremony was the presentation of plaques and certificates of appreciation to the graduates by the Guest of Honour. This was followed by a speech delivered by a representative of the graduates, Awang Muhammad Irham bin Awang Roslan, (BSc (Hons) in Agricultural and Crop Science, The University of Nottingham, United Kingdom) and concluded with the recitation of Doa Kesyukuran.


The ceremony was held to honour and celebrate the graduates' outstanding achievements, while also serving as a source of motivation and inspiration for other students to pursue excellence in their academic endeavours.
Also in attendance were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Vice-Chancellors; Rector; Deputy Permanent Secretaries; Head of Departments and officials from the Ministry of Education.
_________________________________
MAJLIS ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG 2025
Hari Khamis, 29 Zulhijjah 1446 | 26 Jun 2025
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Graduan Cemerlang 2025 bagi meraikan kejayaan seramai 13 orang graduan yang telah menamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) bagi sesi pengajian tahun 2024, yang berlangsung di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Graduan-graduan yang diraikan terdiri daripada penerima Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Luar Negeri serta Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP).
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Raminey bin Haji Salleh, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.
Kemuncak majlis tersebut ialah penyampaian plak dan sijil penghargaan kepada para graduan oleh Tetamu Kehormat, disusuli dengan ucapan oleh wakil graduan, Awang Muhammad Irham bin Awang Roslan (BSc (Hons) in Agricultural and Crop Science, The University of Nottingham, United Kingdom), dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.
Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang para graduan, di samping memberi inspirasi serta dorongan kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Naib-Naib Canselor; Rektor; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.
Rujukan : KPE/CCD/K1:2/PR/2025/087 (M)
Tarikh : 29 Zulhijjah 1446 | 26 Jun 2025