THE 53RD SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION (SEAMEO) COUNCIL CONFERENCE
Wednesday, 6 Muharam 1447 / 2 July 2025
JERUDONG – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education of Brunei Darussalam, in her capacity as the President of the SEAMEO Council for 2025-2027, hosts the 53rd Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Council Conference, held at the Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, from July 1st to July 3rd 2025.
The three-day conference comprised four (04) meeting sessions: the In-Camera and Plenary Sessions, the 7th Strategic Dialogue of Education Ministers, and the SEAMEO Special Session. The meeting sessions approved a total of 53 SEAMEO working papers and listened to several presentations delivered by invited organizations.





The SEAMEO Members also participated in the 7th Strategic Dialogue of Education Ministers (SDEM), which served as a key platform for sharing national best practices, reviewing regional priority areas, and strengthening a common strategic direction for SEAMEO. The theme of this dialogue was titled "Greening Education for a Sustainable Southeast Asia: Empowering Change Through Collective Action".

During the strategic dialogue session, Yang Berhormat Datin had the opportunity to deliver a speech in which she emphasized that the urgent climate crisis is impacting the Gross Domestic Product (GDP) of ASEAN countries, where an alarming global shortage of green skills is projected to soar by 2030, highlighting the need for a skilled workforce to transition to a low-carbon economy. Yang Berhormat Datin called for a holistic integration of Green Education across all subjects, focusing on critical thinking, future literacy, and equipping students to innovate for resilient futures, while ensuring equity and inclusion through experiential learning. The Ministry of Education, Brunei Darussalam, has also developed a comprehensive Green Education Plan, aligning with national policies to cultivate sustainability-focused practices and behaviors. Yang Berhormat Datin concluded her speech by asserting that Green Education is an essential investment for a resilient economy, a healthy planet, and a just society, urging collective action and continuous collaboration.

The conference also witnessed the handover of the Presidency of the SEAMEO Council from His Excellency Juan Edgardo Sonny Angara, Secretary of Education of the Republic of the Philippines, to Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education of Brunei Darussalam, effective for a two-year term from 2025 to 2027.


Among the programmes held in conjunction with the Conference was a visit by the delegates to Universiti Brunei Darussalam and Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, highlighting the country's initiatives in supporting green education at secondary education and higher education levels, followed by a cultural visit to the Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
_________________________________________
PERSIDANGAN MAJLIS PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN
ASIA TENGGARA KALI KE-53
Rabu, 6 Muharam 1446 | 2 Julai 2025
JERUDONG – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam selaku Presiden Majlis SEAMEO bagi 2025-2027, telah mempengerusikan Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) Kali Ke-53, bertempat di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, dari 1 hingga 3 Julai 2025.
Persidangan selama tiga hari tersebut merangkumi empat (04) sesi mesyuarat iaitu Sesi In-Camera dan Plenary, Dialog Strategik Menteri-Menteri Pendidikan Ke-7 serta Sesi Khas SEAMEO. Sesi mesyuarat telah meluluskan sebanyak 53 kertas kerja SEAMEO dan mendengarkan beberapa perkongsian yang dibentangkan oleh organisasi-organisasi jemputan.
Ahli-ahli Negara SEAMEO juga menyertai Dialog Strategik Menteri-Menteri Pendidikan (SDEM) kali Ke-7, yang berfungsi sebagai platform utama untuk mengongsikan amalan terbaik, mengkaji semula bidang keutamaan serantau, dan mengukuhkan hala tuju strategik bersama bagi SEAMEO. Tema dialog kali ini bertajuk “Menghijaukan Pendidikan untuk Asia Tenggara yang Mampan: Memperkasa Perubahan Melalui Tindakan Kolektif".
Semasa sesi dialog strategik tersebut, Yang Berhormat Datin berkesempatan menyampaikan ucapan di mana beliau menekankan bahawa krisis iklim memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara-negara ASEAN, dimana kekurangan kemahiran hijau global yang membimbangkan dijangka akan melonjak menjelang 2030, menggariskan keperluan untuk tenaga kerja berkemahiran bagi beralih kepada ekonomi rendah karbon. Yang Berhormat Datin menyeru integrasi holistik Pendidikan Hijau merentasi semua mata pelajaran, dalam menumpukan kepada pemikiran kritis, literasi masa depan, dan melengkapkan pelajar untuk berinovasi bagi masa depan yang berdaya tahan, dan memastikan kesaksamaan dan keterangkuman melalui pembelajaran berasaskan pengalaman. Adapun, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam membentuk Pelan Pendidikan Hijau, sejajar dengan dasar-dasar kebangsaan untuk memupuk amalan dan tingkah laku yang berfokuskan kelestarian. Yang Berhormat Datin mengakhiri ucapan beliau dengan menegaskan bahawa Pendidikan Hijau adalah pelaburan yang mesti diusahakan bagi ekonomi yang berdaya tahan, planet yang sihat, dan masyarakat yang adil, dengan menggesa tindakan kolektif dan kerjasama berterusan.
Persidangan turut menyaksikan penyerahan tugas Presiden Majlis SEAMEO daripada Tuan Yang Terutama Juan Edgardo Sonny Angara, Setiausaha Pendidikan Republik Filipina kepada Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam yang berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun iaitu bermula tahun 2025 hingga 2027.
Antara program yang diadakan sempena Persidangan ini ialah lawatan delegasi ke Universiti Brunei Darussalam dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dengan mengambil kira inisiatif negara dalam menyokong pendidikan hijau di peringkat pendidikan menengah dan institusi pengajian tinggi, dan seterusnya membuat lawatan budaya ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/090 (M)
Tarikh: 6 Muharam 1447 / 2 Julai 2025