AWARENESS BRIEFING SESSION ON
PROCEDURES FOR ADDRESSING OFFENCES INVOLVING CIGARETTE AND VAPE USE
AT THE SCHOOL LEVEL FOR PENGHULU OF MUKIMS AND VILLAGE HEADS
TUESDAY, 12 MUHARAM 1447 | 8 JULY 2025
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Schools, today conducted an Awareness Briefing Session on the Procedures for Addressing Smoking or Vaping Offences at the School Level.


The Second Briefing Session for the Penghulu of Mukims and Village Heads from the Brunei and Muara District was held today at the Community Hall, Brunei and Muara District Office.

The briefing is one of the initiatives by the Department of Schools, Ministry of Education, Brunei Darussalam, aimed at raising awareness and addressing the social issues associated with student disciplinary offences related to the use of tobacco or vaping within the school vicinity. This programme is also implemented as part of the Ministry of Education's support for the Cross Functional Teams for Health (CFT) 2022–2025 initiative by the Ministry of Health, particularly in supporting one of its key actions: Giving Every Child the Best Start in Life.


Among the main objective of the briefing is to enhance understanding particularly among students, parents, the Parents and Teachers Association (PTA), as well as Penghulu of Mukims and Village Heads regarding the guidelines and school's actions in addressing tobacco and vaping-related offences.
This awareness session featured briefings delivered by representatives from the Health Enforcement Division, Department of Policy and Planning, Ministry of Health; the Royal Customs and Excise Department, Ministry of Finance and Economy; as well as the Student Welfare and Development Unit from the Student Affairs Division, Department of Schools, Ministry of Education.
Through this session, it is hoped that clear information and understanding will be conveyed regarding the roles of Penghulu of Mukims and Village Heads as community-based leaders, and the broader community, in supporting efforts to address disciplinary issues in schools related to tobacco and vape use. This initiative also aims to reinforce ongoing cooperation between government agencies and local community leadership.
A similar briefing was conducted on 3 July 2025 for Penghulu of Mukims and Village Heads from the Tutong and Belait Districts at Pusat Tingkatan Enam Tutong, and the first session for the Penghulu of Mukims and Village Heads of Brunei-Muara and Temburong Districts conducted on 5 July 2025 at the Brunei-Muara District Office.
_______________________________________
SESI TAKLIMAT PEMBERIGAAN
TATACARA TINDAKAN MENANGANI KESALAHAN ROKOK DAN VAPE
BAGI PERINGKAT SEKOLAH KEPADA PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG
SELASA, 12 MUHARAM 1447 | 8 JULAI 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan Tatacara Tindakan Menangani Kesalahan Rokok Atau Vape bagi Peringkat Sekolah.
Sesi Kedua Taklimat bagi Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari Daerah Brunei dan Muara telah diadakan pada hari ini di Dewan Kemasyarakatan, Pejabat Daerah Brunei dan Muara.
Taklimat berkenaan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan kesedaran serta membendung gejala sosial yang melibatkan kesalahan disiplin pelajar berkaitan penggunaan rokok atau vape di persekitaran sekolah. Taklimat ini turut dilaksanakan sebagai usaha sokongan Kementerian Pendidikan terhadap inisiatif Cross Functional Teams for Health (CFT) 2022–2025 oleh Kementerian Kesihatan, khususnya dalam menyokong salah satu tindakan utama, iaitu Giving Every Child the Best Start in Life.
Antara objektif utama taklimat ini adalah memperluaskan pemahaman khususnya kepada pelajar, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Penghulu Mukim dan Ketua Kampung mengenai garis panduan dan tindakan pihak sekolah dalam menangani kesalahan berkaitan penggunaan tembakau dan vape.
Sesi pemberigaan ini diisi dengan beberapa taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Penguatkuasa Kesihatan, Jabatan Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi; serta Unit Kesejahteraan dan Perkembangan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Melalui taklimat pemberigaan ini, adalah diharapkan dapat memberikan kefahaman dan maklumat jelas mengenai peranan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung sebagai pemimpin akar umbi serta masyarakat secara amnya dalam sama-sama membantu menangani isu disiplin di sekolah yang melibatkan kesalahan penggunaan tembakau dan vape, serta tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan tersebut. Di samping itu, diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama yang berterusan antara agensi kerajaan dan kepimpinan mukim dan kampung.
Taklimat yang sama telah diadakan pada 3 Julai 2025 bagi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong dan Belait di Pusat Tingkatan Enam Tutong, serta sesi pertama bagi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei Muara dan Temburong telah diadakan pada 5 Julai 2025 di Pejabat Daerah Brunei Muara.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/094(M)
Tarikh: 12 Muharam 1447 | 8 Julai 2025