MINISTRY OF EDUCATION ILAL HIJRAH 1447 CELEBRATION
Thursday, 14 Muharam 1447 | 10 July 2025
BERAKAS – The Ministry of Education, through the International Relations Division, Secretariat of the National Accreditation Council and the Internal Audit Unit, today held the Ilal Hijrah 1447 Celebration at the Main Hall, New Ministry of Education Building.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.




The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Special Prayer for Health and Well-being led by Yang Mulia Ustaz Haji Mohamad Yunus bin Haji Metusin, Education Officer at the Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Ministry of Education
The event continued with a Special Lecture entitled “Aspek Pembangunan Kapasiti Dalam Hijrah Ke Arah Pentarbiyahan Kelestarian", in line with the theme of the National Level Ilal Hijrah Celebration for the Year 1447H/2025M, “Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan", delivered by invited speaker, Yang Mulia Ustazah Dr. Widad binti Haji Abdul Aziz, Lecturer at Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). To bless the event, the ceremony concluded with the recitation of the Doa Selamat.
The ceremony aimed to enhance the understanding and appreciation of the lessons and wisdom behind the Hijrah of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, as guidance in strengthening identity and achieving continuous excellence.
Also in attendance were Permanent Secretaries, Vice-Chancellors, Acting Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, officers, and staff of the Ministry of Education.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1447 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Hari Khamis, 14 Muharam 1447 | 10 Julai 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan dan Unit Audit Dalaman pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohamad Yunus bin Haji Metusin, Pegawai Pelajaran, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian Pendidikan.
Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk “Aspek Pembangunan Kapasiti Dalam Hijrah Ke Arah Pentarbiyahan Kelestarian" bersempena tema Sambutan Ilal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1447H/2025M iaitu “Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan", yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustazah Dr. Widad binti Haji Abdul Aziz, Pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Bagi memberkati majlis berkenaan, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap pengajaran dan hikmah di sebalik peristiwa Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagai panduan dalam memperkukuh jati diri serta kecemerlangan yang berterusan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/096 (M)
Tarikh: 14 Muharam 1447 | 10 Julai 2025