CEREMONY TO CELEBRATE RETIRED OFFICERS AND STAFF MINISTRY OF EDUCATION YEAR 2024

Jul 12, 2025

CEREMONY TO CELEBRATE RETIRED OFFICERS AND STAFF

MINISTRY OF EDUCATION YEAR 2024

Saturday, 16 Muharam 1447 / 12 July 2025

 

GADONG – The Ministry of Education through the Department of Educators Management, Department of Examinations and the Counselling Division, held a ceremony to celebrate the retirement of officers and staff of the Ministry of Education in 2024 at the Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel this afternoon.

A total of 177 officers and staff serving in the Ministry of Education have retired in 2024 consisting of 42 officers and staff from Departments, 135 teachers and staff from primary, secondary, college and higher education institutions under the Ministry of Education.

Present as the Guest of Honor was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

RT_1.png

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division.

The ceremony proceeded with a speech of appreciation by Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) and followed by a speech from Yang Mulia Dayang Hajah Zarina binti Abu Adenan @ Adenan, Former Assistant Director, Department of Planning and Estate Management as the retiree representative for the ceremony.

RT_2.png

RT_3.png

The highlight of the ceremony was the presentation of certificates and souvenirs to retired officers and staff by the Guest of Honour.

FP.png

RT_4.png

The ceremony to celebrate retired officers and staff of the Ministry of Education is an annual event held specifically to appreciate and commemorate the service of retirees during their service.

Also present were the Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Acting Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education.

------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG BERSARA

TAHUN 2024

Hari Sabtu, 16 Muharam 1447 / 12 Julai 2025

 

GADONG – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik, Jabatan Peperiksaan dan Bahagian Kaunseling telah mengadakan majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara pada tahun 2024 di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel pada petang hari ini.

Seramai 177 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan telah bersara pada tahun 2024 terdiri daripada 42 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan, 135 orang tenaga pengajar dan kakitangan yang bertugas di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan diikuti dengan ucapan dari Yang Mulia Dayang Hajah Zarina binti Abu Adenan @ Adenan, Mantan Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet sebagai wakil pesara bagi majlis tersebut.

Acara kemuncak majlis ialah penyampaian sijil dan cenderamata kenang-kenangan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan bersara yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi menghargai dan mengenang jasa bakti para pesara selama perkhidmatan mereka.

Turut hadir semasa majlis ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Pemangku Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/97 (M)

Tarikh        : 16 Muharam 1447 |12 Julai 2025