OPENING CEREMONY OF THE TARBIYYAH AL-IHSAN COURSE 2025
Monday, 25 Muharam 1447 | 21 July 2025
TUNGKU LINK – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management today held the Opening Ceremony of the Tarbiyyah Al-Ihsan course at the Lecture Theatre, Mutiara Exchange Building.
Present as the Guest of Honour to officiate the ceremony was Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director of Scholarship Management, Department of Scholarship Management, Ministry of Education.

The 4-day course is attended by 42 students under various schemes including the Brunei Darussalam Government Overseas Scholarship Scheme, Yayasan Scholarship Scheme, Education Loan Assistance Scheme (SBPP), Department of Islamic Studies Scholarship Scheme, and self-sponsored students under the supervision of the Ministry of Education, the Ministry of Religious Affairs and Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) Office who are currently on their semester break in the country.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by welcoming remarks from Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Chief Welfare and Scholarship Officer, Department of Scholarship Management, as the Chairperson of the event.

The ceremony continued with the recitation of the student pledge, followed by a briefing titled 'Responsibilities of a Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Scholarship Student Studying Abroad', delivered by Yang Mulia Syed Rozman bin Haji Syed Abdul Rahim, Acting Assistant Director of Scholarship Management and Senior Education Officer, from the Department of Scholarship Management, Ministry of Education.

The course includes briefings and sharing sessions from government agencies and Higher Education Institutions (HEIs) involved, as well as community service activities (Hablum Minannas) and educational visits.
The aim of this course is to remind students of their roles and responsibilities, as well as to instill noble values so that they may become more holistic in terms of character, patriotic in spirit, possess self-awareness, and be prepared to face future challenges.
Also present at the event were officers and staff of the Scholarship Management Department and the Ministry of Religious Affairs.
_________________________________________________________________________________
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS TARBIYYAH AL-IHSAN TAHUN 2025
Hari Isnin, 25 Muharam 1447 | 21 Julai 2025
TUNGKU LINK – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Tarbiyyah Al-Ihsan Tahun 2025 bertempat di Dewan Kuliah, Bangunan Mutiara Exchange.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah Pengurusan Biasiswa, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.
Kursus 4 hari ini disertai oleh seramai 42 orang pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri, Skim Biasiswa Yayasan Scholar, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP), Skim Biasiswa Jabatan Pengajian Islam dan Pelajar Persendirian di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang sedang bercuti semester di tanah air.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa selaku Pengerusi Majlis.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh para pelajar dan diselajurkan dengan sesi taklimat bertajuk 'Tanggungjawab Seorang Pelajar Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Luar Negeri' yang disampaikan oleh Yang Mulia Syed Rozman bin Syed Haji Abdul Rahim, Pemangku Penolong Pengarah Pengurusan Biasiswa dan Pegawai Pelajaran Kanan dari Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.
Kursus ini merangkumi taklimat dan sesi kongsisama daripada agensi-agensi kerajaan dan Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat, serta aktiviti khidmat masyarakat (Hablum Minannas) dan lawatan sambil belajar.
Kursus ini bertujuan untuk mengingatkan semula peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar serta menerapkan nilai-nilai murni agar para pelajar menjadi lebih syumul dari segi akhlak, bersifat patriotik, sentiasa mempunyai kesedaran diri dan siap siaga dalam menghadapi masa hadapan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai serta kakitangan dari Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.