BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME

Jul 22, 2025

BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE

SCHOOL TWINNING PROGRAMME

22 TO 26 JULY 2025

Tuesday, 26 Muharam 1447 | 22 July 2025

BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam, through the Department of Schools, has coordinated an educational visit for a delegation from Sekolah Rendah Penapar, Tutong comprising of 12 Year 5 and Year 6 students accompanied by 3 teachers to Fuchun Primary School, Republic of Singapore. The 5-day visit, taking place from 22 to 26 July 2025, is part of the Brunei Darussalam–Republic of Singapore School Twinning Programme.

TP_JSS2025_1.png

Present at the Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Senior Special Duties Officer (Professional), Department of Schools, Ministry of Education.

TP_JSS2025_2.png

This programme aims to strengthen bilateral ties between schools in Brunei Darussalam and Singapore through the sharing of best practices in academics, pedagogy, and holistic student development. A range of activities has been scheduled, including joint classroom learning sessions, student leadership programmes, hands-on learning experiences through various pedagogical approaches, visits to historical and sustainable landmarks, and cultural exchange initiatives between the two schools.

The visit is expected to provide meaningful exposure for students to international education systems while fostering friendship, unity, and shared universal values across borders. The delegation will also have the opportunity to showcase the rich cultural heritage of Brunei Darussalam through performances and interactive sessions with students in Singapore.

Also present at the airport to send off the delegation were officers from the Ministry of Education's Department of Schools, representatives from Sekolah Rendah Penapar as well as parents and family members of the students.

________________________________________________________________________

PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

22 HINGGA 26 JULAI 2025

Hari Selasa, 26 Muharam 1447 |22 Julai 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah hari ini telah menyelaras lawatan delegasi Sekolah Rendah Penapar, Tutong yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tahun 5 dan 6 serta 3 orang guru sekolah berkenaan ke Fuchun Primary School, Republik Singapura. Lawatan selama 5 hari ini bermula pada 22 hingga 26 Julai 2025 adalah merupakan sebahagian daripada Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada delegasi ialah Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional) Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara sekolah-sekolah dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura melalui perkongsian amalan terbaik dalam bidang akademik, pedagogi serta pembangunan pelajar secara menyeluruh. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang program ini, termasuk sesi pembelajaran bersama di bilik darjah, program kepimpinan pelajar, pengalaman amali menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran, lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan lestari, serta pertukaran budaya antara kedua-dua buah sekolah.

Lawatan ini dijangka dapat memberi pendedahan yang bermakna kepada para pelajar mengenai sistem pendidikan antarabangsa dan memperkukuh semangat persahabatan, perpaduan serta nilai sejagat merentasi sempadan negara. Delegasi juga berpeluang mengetengahkan kebudayaan Brunei Darussalam melalui persembahan dan interaksi bersama pelajar-pelajar di Singapura.

 

Turut hadir di lapangan terbang ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, wakil pentadbiran Sekolah Rendah Penapar serta ibu bapa dan ahli keluarga para pelajar.