Tuesday, 22 July 2025 – The Ministry of Education, through the Co-Curricular Education Department, held the Chef De Mission Meeting for the 14th ASEAN Schools Games (ASG14) today at the Hassanal Bolkiah National Stadium, Bandar Seri Begawan.

The meeting was conducted as part of the initial preparations for Brunei Darussalam as the Host Country of the 14th ASEAN Schools Games (ASG14), which is scheduled to take place in November this year.
Present to deliver the welcoming remarks during the meeting was Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, in his capacity as Deputy Chairman I of the ASG14 Executive Committee.

The meeting was also attended by Heads of Delegation and senior officials from the Ministries of Education of participating ASEAN countries.
The meeting was chaired by Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Director of Co-Curricular Education, in his capacity as Co-Chairman of the 14th ASEAN Schools Games (ASG14).



The meeting aimed to coordinate various aspects of preparations by the participating countries, finalise logistical requirements, and strengthen cooperation in key areas such as athlete welfare, competition venues, accommodation, as well as discussions on the rules and guidelines of the tournament.
_____________________________________________________________________________________
Selasa, 22 Julai 2025 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Chef De Mission bagi Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 Tahun 2025, yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan awal Negara Brunei Darussalam selaku Tuan Rumah bagi penganjuran Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 (ASG14), yang dijadualkan berlangsung pada bulan November tahun ini.
Hadir untuk menyampaikan ucapan alu-aluan semasa mesyuarat tersebut ialah YM Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, selaku Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Eksekutif ASG14.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Delegasi dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan negara-negara ASEAN yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, selaku Pengerusi Bersama Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 (ASG14).
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras pelbagai aspek persediaan negara-negara yang terlibat, memuktamadkan keperluan logistik, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang utama seperti kebajikan atlet, lokasi pertandingan, penginapan, dan juga perbincangan mengenai peraturan serta garis panduan kejohanan.