PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE SPECIAL EDUCATION CARNIVAL
IN CELEBRATION OF THE 30TH ANNIVERSARY OF THE DEPARTMENT OF SPECIAL EDUCATION
Sunday, 9 Safar 1447 / 3 August 2025
SALAMBIGAR – The Ministry of Education, through the Department of Special Education, held the Prize Presentation Ceremony for the Special Education Carnival today, in conjunction with the 30th Anniversary of the Department of Special Education. The carnival was conducted over two days, from 2 to 3 August 2025, at OneCity Shopping Centre. A variety of competitions and a Bootcamp Demo Day were organised throughout the carnival, with the participation of students with special needs from primary and secondary schools nationwide.
Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation ceremony and Bootcamp Demo Day was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.
Among the main events held were the Art Collage Competition, the Brunei Ethnic/Traditional Costume Competition, and the Solo Singing Competition. In addition, a Bootcamp Programme was also conducted with the aim of fostering a spirit of entrepreneurship and innovation among students from government primary and secondary schools.
The preliminary rounds for all competition categories were held from 17 to 21 July 2025. For the Art Collage Competition, the finalists comprised 15 primary school students, 15 secondary school students, and 4 invited participants from Limbang, Sarawak, and Labuan, Federal Territory of Malaysia. Meanwhile, for the Ethnic/Traditional Costume Competition, the selected finalists included 15 male and 15 female students from primary schools, along with 4 invited participants from the respective state and territory. As for the Solo Singing Competition, a total of 16 finalists were identified, consisting of 5 primary school students, 7 secondary school students, and 4 invited participants, also from the same state and territory.


In addition to the competitions, the carnival also featured exhibitions and product sales through the Bootcamp Programme. Now in its fifth edition, the programme was organised in collaboration with the Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) under the Ministry of Education, designed to nurture creativity, self-confidence, and practical entrepreneurial thinking among students with special needs. This year's programme involved students from 17 secondary schools under the Pre-Vocational Programme and 12 primary schools under the Special Education Programme.


Open to the public, the carnival also showcased interactive elements such as the Playful Pavilion—an exhibition space designed to provide an immersive experience simulating communication and physical challenges through a range of engaging and enjoyable activities. The pavilion aimed to cultivate empathy and promote a deeper understanding of the daily experiences faced by individuals with special needs.
Through the carnival, the Ministry of Education aims to enhance public awareness of the abilities, aspirations, and unique needs of students with special needs. This initiative also seeks to encourage self-expression, build confidence, and promote inclusive values—thereby helping to reduce stigma and foster empathy within the community. One of the key highlights of the carnival is the Run for Inclusion, which is scheduled to take place at the end of August 2025.
The event was also attended by Heads of Departments, officers from the Ministry of Education, school principals, teachers, students, as well as representatives from relevant agencies.
----------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS
SEMPENA 30 TAHUN PENUBUHAN JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Hari Ahad, 9 Safar 1447 | 3 Ogos 2025
SALAMBIGAR – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Pendidikan Khas sempena 30 Tahun Penubuhan Jabatan Pendidikan Khas. Karnival berkenaan telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 2 hingga 3 Ogos 2025 bertempat di Pusat Membeli-Belah OneCity. Pelbagai pertandingan serta Hari Demo Bootcamp telah dianjurkan sepanjang karnvial tersebut, melibatkan penyertaan murid-murid berkeperluan khas dari sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pertandingan dan Hari Demo Bootcamp ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Antara acara utama yang diadakan ialah Pertandingan Kolaj, Pertandingan Pakaian Etnik/Tradisional dan Pertandingan Nyanyian Solo. Selain itu, Program Bootcamp juga diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan.
Pusingan awal bagi semua kategori pertandingan telah berlangsung dari 17 hingga 21 Julai 2025. Bagi Pertandingan Kolaj, finalis terdiri daripada 15 murid sekolah rendah, 15 murid sekolah menengah, serta 4 peserta jemputan dari Limbang, Sarawak dan Labuan, Wilayah Persekutuan Malaysia. Sementara itu, bagi Pertandingan Pakaian Etnik/Tradisional, finalis terpilih terdiri daripada 15 murid lelaki dan 15 murid perempuan dari sekolah rendah, serta 4 peserta jemputan dari negeri dan wilayah berkenaan. Bagi Pertandingan Nyanyian Solo, seramai 16 finalis telah dikenal pasti, merangkumi 5 murid sekolah rendah, 7 murid sekolah menengah, serta 4 peserta jemputan, juga dari negeri dan wilayah berkenaan.
Selain pertandingan, karnival ini turut menampilkan pameran dan jualan produk melalui Program Bootcamp. Program yang memasuki edisi kelima, dianjurkan dengan kerjasama Pusat Inovasi Keusahawanan (EIC) di bawah Kementerian Pendidikan, dirangka untuk memupuk kreativiti, keyakinan diri serta pemikiran keusahawanan secara praktikal dalam kalangan pelajar berkeperluan khas. Program tahun ini melibatkan pelajar dari 17 buah sekolah menengah di bawah Program Pra-Vokasional dan 12 buah sekolah rendah di bawah Program Pendidikan Khas.
Karnival yang dibuka kepada orang ramai ini turut menampilkan elemen interaktif seperti 'Playful Pavilion', iaitu ruang pameran yang menawarkan pengalaman imersif yang mensimulasikan cabaran komunikasi dan fizikal melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik. Ruang pameran ini bertujuan untuk memupuk empati serta pemahaman yang lebih mendalam terhadap pengalaman harian individu berkeperluan khas.
Melalui penganjuran karnival ini, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kebolehan, aspirasi dan keperluan unik pelajar-pelajar berkeperluan khas. Inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan ekspresi diri, membina keyakinan, serta memupuk nilai-nilai inklusif, sekaligus membantu mengurangkan stigma dan mendorong empati dalam kalangan masyarakat. Antara acara kemuncak karnival ini ialah 'Run for Inclusion', yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Ogos 2025.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, para pengetua sekolah, guru, pelajar serta wakil daripada agensi berkaitan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/108 (M)
Tarikh: 9 Safar 1447 | 3 Ogos 2025