BUILDING STUDENT RESILIENCE AND PEACE OF MIND THROUGH “KEM MINDA SEJAHTERA”

Aug 9, 2025

Building Student Resilience And Peace Of Mind Through “Kem Minda Sejahtera”

August 2nd – 6th, 2025

In response to the rising mental health challenges faced by young adults across Brunei, the Board of Visitors for the Mental Health Act, Chapter 257 (Ministry of Health), in collaboration with the Counselling Division and the Department of Schools under the Ministry of Education (MoE), as well as Persatuan Alumni Sultan's Scholars (PASS), organised the “Kem Minda Sejahtera" workshop to strengthen mental health awareness among students.

 Kem Minda 2025_4.png

The initiative was held over four days, from August 2 to 6, 2025, at Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Tutong Sixth Form Centre, and Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. A total of 168 students from Year 7 to Year 11 participated in the programme, with students hailing from schools under Clusters 1 to 6.

Kem Minda 2025_2.png

Kem Minda 2025_3.png

Kem Minda 2025_1.png 

Delivered by a team of facilitators comprising psychologists, psychiatrists, and mental health nurses from the MoH, the workshop blended talks and interactive exercises designed to enrich students' understanding of the importance of mental and emotional well-being.

 

Students learned how to recognise and process emotions in healthy ways and were guided through techniques for achieving peace of mind, including stress management strategies, self-care routines, and practical coping skills for everyday challenges.

 

In a talk entitled “Introduction to Mental Health" given by Dk. Dr. Raidah Hayati binti Pengiran Haji Mohamed, Associate Specialist at Psychiatric Services, MoH, on the third day of the workshop, she emphasised the importance of distinguishing between mental health and mental illness, stating that “everyone has mental health, but not everyone has mental illness."

 

The sessions also featured speakers from PASS, comprising former students and recipients of the “Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah scholarship, who shared personal stories of building resilience throughout their education and careers. Speaking on the final day of the workshop, PASS member Siti Musfirah binti Misli conveyed that a little positive pressure is sometimes necessary to drive self-improvement and overcome challenges.

 

The programme also worked to reduce stigma by dispelling common misconceptions around mental health and providing a safe space for students to openly discuss mental health matters. Students also received guidance on how and where to seek professional help when needed.

 

The organisers expressed hope that students will be empowered to care for their mental health and emotional well-being, and that they will come to see seeking help as a sign of strength, not weakness.

 

-END-​

Photos by
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

 

Prepared by
MUHAMAD AIMAN SYAFIQ BIN HAJI RAMLEE
Deputy Secretary
Persatuan Alumni Sultan's Scholars
alumnisultansscholars@gmail.com


Issued by
Corporate Communications Division

Ministry of Education

Brunei Darussalam

Reference:    KPE/CCD/K1:2/PR/2025/111(M)

Date:             14 Safar 1447| 8 August 2025


__________________________________________________________________

“Kem Minda Sejahtera" Bina Kesedaran Kesihatan Mental Pelajar

2 hingga 6 Ogos 2025

Dalam usaha menangani cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda di Negara Brunei Darussalam, Lembaga Pelawat Akta Kesihatan Mental, Bab 257 (Kementerian Kesihatan), dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Jabatan Sekolah-Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, serta Persatuan Alumni Sultan's Scholars (PASS) telah menganjurkan bengkel bertajuk “Kem Minda Sejahtera".

 

Bengkel ini berlangsung selama empat hari dari 2 hingga 6 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Pusat Tingkatan Enam Tutong, dan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dengan penyertaan seramai 168 pelajar dari Tahun 7 hingga Tahun 11 yang mewakili sekolah-sekolah di bawah Kluster 1 hingga Kluster 6.

 

Disampaikan oleh pemudah cara terdiri daripada pakar psikologi, psikiatri, dan jururawat kesihatan mental Kementerian Kesihatan, program tersebut menggabungkan sesi taklimat dan pelbagai aktiviti interaktif bagi meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.

 

Antara topik yang dibincangkan termasuk cara mengenal pasti dan memproses emosi secara sihat, kaedah mengurus tekanan stres, rutin penjagaan diri, serta kemahiran daya tindak dalam menghadapi cabaran harian.

 

Dalam sebuah taklimat bertajuk “Introduction to Mental Health" yang disampaikan pada hari ketiga bengkel oleh Dk. Dr. Raidah Hayati binti Pengiran Haji Mohamed, Associate Specialist di Perkhidmatan Psikiatri, Kementerian Kesihatan, beliau menekankan kepentingan memahami perbezaan antara istilah 'kesihatan mental' dan 'penyakit mental', dengan menyatakan bahawa “setiap individu mempunyai kesihatan mental, namun tidak semua mengalami penyakit mental."

 

Program juga diisi dengan taklimat daripada ahli-ahli PASS, bekas pelajar serta penerima biasiswa “Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dalam membina daya tahan sepanjang perjalanan akademik dan kerjaya. Antara ahli tersebut ialah Siti Musfirah binti Misli, yang pada hari terakhir bengkel menyampaikan bahawa sedikit tekanan positif kadangkala diperlukan untuk mendorong kemajuan diri dan menempuh cabaran.

 

Bengkel ini turut berusaha menangkis tanggapan negatif (stigma) terhadap penyakit mental, dan menyediakan ruang yang selamat bagi para pelajar untuk membincangkan isu kesihatan mental secara lebih terbuka. Pelajar diberikan panduan mengenai cara dan tempat mendapatkan bantuan profesional sekiranya diperlukan.

 

Penganjur Kem Minda Sejahtera berharap agar pelajar dapat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan emosi mereka, dan menyedari bahawa mendapatkan bantuan bukan satu kelemahan.

 

-TAMAT-

 

Foto oleh
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

 

Disediakan oleh
MUHAMAD AIMAN SYAFIQ BIN HAJI RAMLEE
Timbalan Setiausaha
Persatuan Alumni Sultan's Scholars
alumnisultansscholars@gmail.com

 

Dikeluarkan oleh
Bahagian Komunikasi Korporat

Kementerian Pendidikan

Negara Brunei Darussalam

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/111(M)

Tarikh:      14 Safar 1447 | 8 Ogos 2025