CLOSING CEREMONY OF JATI DIRI BERKAT PROGRAMME 2025

Aug 27, 2025

CLOSING CEREMONY OF JATI DIRI BERKAT PROGRAMME 2025

Wednesday | 3 Rabiulawal 1447 | 27 August 2025

 

BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Scholarship Management today held the Closing Ceremony for the Jati Diri Berkat Programme at the Theatre Hall, Brunei-Muara District Office.

berkat22.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director of the Department of Scholarship Management, Ministry of Education.

 berkat23.jpeg

berkat24.jpeg

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by welcoming remarks from the Guest of Honour and a speech by a student representative, Awang Ahmad Aqil bin Azman, who is currently pursuing a Bachelor of Engineering in Marine Engineering (Honours) at Newcastle University, United Kingdom. The event continued with the presentation of prizes to the best participants and groups, as well as the distribution of Certificates of Participation to all participants.

 berkat25(1).jpeg

berkat26.jpeg

berkat27.jpeg

berkat28.jpeg

The programme includes briefings and sharing sessions by government agencies and relevant stakeholders, serving as a platform to raise questions and to receive the latest updates as firsthand information. In addition, students were also given the opportunity to visit the Royal Regalia Museum and take part in team-building activities organised by the Department of Youth and Sports.

 berkat32.jpeg

The programme aims to strengthen students' understanding of their responsibilities and roles as citizens who will one day take on the leadership of Negara Brunei Darussalam. It also provides them with valuable experiences and deepens their knowledge of the constitution, history and culture, while at the same time shaping their identity as young ambassadors of the nation with a strong Bruneian identity.​

berkat29.jpeg

berkat30.jpeg

berkat31.jpeg

Also present at the ceremony were officers from the Department of Scholarship Management, Ministry of Education.

__________________________________


MAJLIS PENUTUP PROGRAM JATI DIRI BERKAT TAHUN 2025

Rabu | 3 Rabiulawal 1447 | 27 Ogos 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup bagi Program Jati Diri Berkat bertempat di Dewan Teater, Pejabat Daerah Brunei-Muara.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan aluan-aluan dari Tetamu Kehormat Majlis dan ucapan dari wakil pelajar iaitu Awang Ahmad Aqil bin Azman, yang sedang mengikuti pengajian Bachelor of Engineering in Marine Engineering (Honours) di Newcastle University, United Kingdom. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan kumpulan terbaik serta penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua peserta.

 

Program ini merangkumi taklimat dan sesi kongsisama daripada agensi-agensi kerajaan dan agensi berkepentingan yang terlibat sebagai wadah untuk menyuarakan pertanyaan dan menerima maklumat terkini sebagai firsthand information. Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja serta menyertai aktiviti Team-building yang dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan.

 

Program ini dihasratkan dapat memperkukuh pemahaman para pelajar mengenai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai warganegara yang bakal menerajui kepimpinan Negara Brunei Darussalam pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga memberikan pengalaman bermakna serta memperdalam pengetahuan tentang perlembagaan, sejarah dan budaya bangsa, sekali gus membentuk jati diri mereka sebagai duta kecil negara yang berwibawa dan beridentiti Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai serta kakitangan dari Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.


Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/126 (M)

Tarikh:      3 Rabiulawal 1447 | 27 Ogos 2025​