SDG4-EDUCATION 2030 HIGH-LEVEL STEERING COMMITTEE
(HLSC) LEADERS MEETING
AND
WORLD SUMMIT ON TEACHERS
Santiago, Republic of Chile
28 – 29 August 2025
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, as the President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council, participated in the SDG4-Education 2030 High-Level Steering Committee (HLSC) Leaders Meeting and the World Summit on Teachers, held from 28 to 29 August 2025 in Santiago, Republic of Chile.

The events, co-organized by United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) and the Government of Chile, aimed to address the global challenge of teacher shortages and to advocate for sustained support for teachers in advancing inclusive and equitable education for all. The Summit focused on three (03) main themes: (i) policies and strategies to strengthen the teaching profession; (ii) education and professional development; and (iii) social dialogue and participation in decision- and policy-making. These themes reflect UNESCO's commitment to enhancing the status, support and development of teachers as key drivers of progress towards Sustainable Development Goal 4 (SDG4). The Summit was officiated by His Excellency Mr. Gabriel Boric Font, President of the Republic of Chile, in his capacity as Co-Chair of the High-Level Steering Committee on SDG4-Education 2030, together with the UNESCO Director-General. In his remarks, His Excellency emphasized the importance of global and multilateral cooperation, stating that the transformation of education systems must learn from the successes and failures of others. He further underscored that a collaborative approach is vital to accelerating progress towards achieving SDG4 by 2030.


As the President of the SEAMEO Council, Yang Berhormat Datin participated in the SDG4-Education 2030 High-Level Steering Committee (HLSC) Leaders Meeting, a key global education body that coordinates collective efforts to advance the global education agenda in support of countries' progress towards SDG4. During the meeting, HLSC members also shared insights and best practices related to the themes under discussions. Yang Berhormat Datin highlighted SEAMEO's initiatives in pursuit of SDG4, including: (i) the Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM); (ii) the study on Out-of-School Children and Youth (OOSCY); and (iii) the Greening Education Plan launched by Brunei recently. Yang Berhormat Datin also addressed the importance of transforming education financing, underscoring the need for UNESCO's support in carrying out diagnostic assessments in the region. At the conclusion of the meeting, leaders endorsed the 2025 Decisions of the SDG4-Education 2030 HLSC Leaders Meeting.
Yang Berhormat Datin participated as a panelist in the Plenary Session on Teacher Policies to Address Teacher Shortages and Improve Working Conditions. In this session, Yang Berhormat Datin shared several SEAMEO's initiatives in supporting teacher development policies and emphasized the importance of regional cooperation and commitment in strengthening comprehensive teacher policies, particularly in the areas of recruitment, retention, working conditions, and teacher deployment. The Summit witnessed the adoption of the Santiago Consensus, which outlines shared commitments to address the global teacher shortage, improve working conditions, and elevate the teaching profession through coordinated policy actions and sustained investment in education.
Among those accompanying Yang Berhormat Minister of Education was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education) along with officials from the Ministry of Education.
____________________________________________________________________
MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN JAWATANKUASA PANDU PERINGKAT TINGGI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN KE-4 PENDIDIKAN 2030
DAN
SIDANG KEMUNCAK DUNIA MENGENAI GURU
Santiago, Republik Chile
28 – 29 Ogos 2025
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan, selaku Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), telah menyertai Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Jawatankuasa Pandu Peringkat Tinggi Matlamat Pembangunan Mampan Ke-4 Pendidikan 2030 dan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Guru yang berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos 2025 di Santiago, Republik Chile.
Acara yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Kerajaan Republik Chile, bertujuan untuk menangani cabaran global kekurangan guru serta memperjuangkan sokongan berterusan kepada guru dalam memajukan pendidikan inklusif dan saksama untuk semua. Sidang Kemuncak ini memfokuskan kepada tiga (03) tema utama: (i) Dasar dan strategi untuk memperkukuh profesion perguruan; (ii) Pendidikan dan pembangunan profesional; serta (iii) Dialog sosial dan penglibatan dalam pembuatan keputusan dan dasar. Tema-tema ini mencerminkan komitmen UNESCO untuk memperkukuh status, sokongan dan pembangunan guru sebagai pemangkin utama kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG4). Acara tersebut dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Mr. Gabriel Boric Font, Presiden Republik Chile, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Peringkat Tinggi SDG4-Pendidikan 2030, bersama dengan Ketua Pengarah UNESCO. Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama menekankan kepentingan kerjasama global dan multilateral, dengan menyatakan bahawa transformasi sistem pendidikan perlu mempelajari daripada kejayaan dan kegagalan pihak lain. Tuan Yang Terutama turut menekankan bahawa pendekatan kolaboratif dianggap sangat penting untuk mempercepatkan kemajuan ke arah mencapai SDG4 menjelang tahun 2030.
Selaku Presiden Majlis SEAMEO, Yang Berhormat Datin telah menyertai Mesyuarat Pemimpin Jawatankuasa Pemandu Peringkat Tinggi SDG4-Pendidikan 2030 (HLSC), sebuah badan pendidikan global utama yang menyelaras usaha kolektif untuk memajukan agenda pendidikan global dalam menyokong kemajuan negara ke arah SDG4. Semasa mesyuarat tersebut, ahli-ahli HLSC turut berkongsi pandangan dan amalan terbaik berkaitan dengan tema-tema yang dibincangkan. Yang Berhormat Datin mengongsikan inisiatif SEAMEO dalam usaha untuk mencapai SDG 4, termasuklah: (i) Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM); (ii) Out of School Children and Youth, (OOSCY); (iii) Pelan Pendidikan Hijau (Greening Education Plan). Yang Berhormat Datin turut menekankan kepentingan transformasi pembiayaan pendidikan yang memerlukan sokongan daripada UNESCO untuk melaksanakan penilaian diagnostik di rantau tersebut. Diakhir mesyuarat, para pemimpin turut mengesahkan penerimaan Keputusan 2025 bagi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Jawatankuasa Pandu Peringkat Tinggi Matlamat Pembangunan Mampan ke-4 Pendidikan 2030.
Yang Berhormat Datin turut menyertai sesi plenari yang membincangkan mengenai dasar untuk menangani kekurangan guru dan meningkatkan keadaan kerja. Dalam sesi tersebut, Yang Berhormat Datin mengongsikan beberapa inisiatif SEAMEO dalam menyokong dasar pembangunan guru serta menegaskan kepentingan kerjasama dan komitmen serantau dalam memperkukuh dasar guru yang menyeluruh khususnya dalam aspek pengambilan, pengekalan, keadaan kerja dan penempatan guru. Sidang Kemuncak menyaksikan penerimaan Konsensus Santiago, yang menggariskan komitmen bersama untuk menangani isu kekurangan guru global, meningkatkan keadaan kerja dan mengangkat profesion perguruan melalui penyelarasan tindakan dasar serta pelaburan berterusan dalam pendidikan.
Antara yang turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.