POLICY FRAMEWORK WORKSHOP ON A COMPREHENSIVE EDUCATIONAL APPROACH TO PREVENT AND ADDRESS BULLYING ISSUE

Aug 30, 2025

POLICY FRAMEWORK WORKSHOP ON A COMPREHENSIVE EDUCATIONAL APPROACH

TO PREVENT AND ADDRESS BULLYING ISSUE

Saturday | 5 Rabiulawal 1447 |30 August 2025

 

BERAKAS – The Ministry of Education today held the second session of the Policy Framework Workshop on a Comprehensive Educational Approach to Prevent and Address Bullying Issue as part of its ongoing efforts to create a safe, empathetic and conducive learning environment in all educational institutions at the Main Hall, Ministry of Education.

buli33.JPG

buli43.JPG

buli42.JPG 

Approximately 100 participants from various stakeholders, including representatives from government agencies, the private sector, and non-governmental organisations (NGOs) attended the workshop. The workshop began with an introduction to review the first session in re-establishing existing stakeholder collaboration networks. Subsequently, the workshop then shifts the focus to the development of the framework conducted interactively and followed by a peer review session for comprehensive improvements. The development of the framework emphasises a Whole Education approach by challenging the 'one-size-fits-all' solution. It prioritizes data-driven strategies grounded in research, encourages honest self-reflection, and identifies emerging threats to foster a culture of accountability. This ensures comprehensive coverage across all critical areas. The workshop ended with a mutual commitment statement by the stakeholders to the implementation of the framework produced.

 buli37.JPG

buli34.JPG

buli32.JPG

A total of 27 questions were posed by nine domains based on the UNESCO 2020 model, resulting in 99 recommendations and 27 priority aspects for the framework. The 5 priorities identified from the workshop included Strengthening Stakeholder Engagement and Whole-Nation Approach; Enhance Communication, reporting, and Data Monitoring; Invest in Human Capital and Professional Development; Advance Digital Transformation and Safeguards; and Promote Inclusive, Supportive, and Safe Cultures.

 buli36.JPG

buli41.JPG

The National Anti-Bullying Policy Framework will serve as a strategic reference document that contains practical and contextual action proposals based on the Whole Education Approach. The Framework will also act as a roadmap to guide the collaboration between agencies and stakeholders to ensure continuous implementation.

buli40.JPG

buli31.JPG

 buli38.JPG

The workshop was organised by the Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate) Office, Ministry of Education. The first session of the workshop specifically on briefings related to bullying issues was held on Monday, 25 August 2025.


___________________________________


BENGKEL RANGKA KERJA DASAR MENGENAI PENDEKATAN PENDIDIKAN SECARA MENYELURUH BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI ISU BULI

Sabtu | 5 Rabiulawal 1447 |30 Ogos 2025


BERAKAS – Kementerian Pendidikan hari ini telah mengadakan sesi kedua Bengkel Rangka Kerja Dasar mengenai Pendekatan Pendidikan Secara Menyeluruh bagi Mencegah dan Menangani Isu Buli sebagai usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, berempati dan kondusif di semua institusi Pendidikan bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.

 

Seramai lebih kurang 100 orang peserta dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk wakil daripada agensi kerajaan, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan yang merangkumi refleksi sesi pertama bagi menjalin semula jaringan kolaborasi pihak-pihak berkepentingan yang sedia ada. Seterusnya, fokus bengkel dialihkan kepada pembentukan rangka kerja yang dijalankan secara interaktif dan diikuti dengan sesi penyampaian plenari dan semakan rakan sebaya (peer review) untuk penambahbaikan secara menyeluruh. Pembangunan rangka kerja berkenaan menekankan pendekatan Pendidikan yang Menyeluruh dengan mencabar penyelesaian yang 'one-size-fits-all'. Ia mengutamakan strategi yang berteraskan data dan penyelidikan, berasaskan bukti dan menggalakkan refleksi diri yang jujur, serta mengenal pasti jangkaan atau ekspektasi baru bagi memupuk budaya akauntabiliti. Kaedah ini akan dapat menjamin rangka kerja yang  komprehensif dan meliputi semua aspek yang kritikal. Bengkel ditutup dengan penyataan komitmen bersama terhadap pelaksanaan rangka kerja yang telah dihasilkan.

 

Sebanyak 27 soalan dikemukakan oleh sembilan kumpulan (domain) yang berasaskan model UNESCO 2020, menghasilkan sebanyak 99 cadangan dan 27 aspek keutamaan bagi rangka kerja berkenaan. 5 keutamaan yang dikenal pasti dari bengkel berkenaan termasuk Mengukuhkan Penglibatan Pihak Berkepentingan dan Pendekatan Seluruh Negara,  Meningkatkan Sistem Komunikasi, Pelaporan, dan Pemantauan Data,  Melabur dalam Modal Insan dan Pembangunan Profesional, Memajukan Transformasi Digital dan Perlindungan, Menggalakkan Budaya Sekolah yang Inklusif, Menyokong dan Selamat.

 

Rangka Kerja Dasar Kebangsaan Anti-buli akan berfungsi sebagai dokumen rujukan strategik yang mengandungi cadangan tindakan yang praktikal dan kontekstual, berasaskan pendekatan Whole Education Approach. Rangka kerja berkenaan turut berperanan sebagai peta jalan (roadmap) yang menjadi panduan kolaborasi antara agensi dan pihak berkepentingan, bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara berterusan

 

​ Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan. Sesi pertama bengkel berkenaan, yang memberi penekanan khusus kepada taklimat berkaitan isu buli telah diadakan pada hari Isnin, 25 Ogos 2025.


Rujukan     : KPE/CCD/K1:2/PR/2025/128(M)

Tarikh        : 5 Rabiulawal 1447 | 30 Ogos 2025​