DIKIR CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM CELEBRATION FOR THE MINISTRY OF EDUCATION
AT MASJID AN-NA'IM, KAMPUNG PANCHOR MENGKUBAU
Monday | 08 Rabiulawal 1447 | 01 September 2025
MENGKUBAU – The Ministry of Education today held a Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam celebration at Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education.

The ceremony began with the presentation of wakaf contributions from officers and staff of the Ministry of Education, handed over by the Guest of Honour to Yang Mulia Muhammad Saifullah bin Haji Rosli, Mosque Affairs Officer, Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau followed by a mass Maghrib prayer.
The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Guest of Honour, as the start of the Dikir Assalai recitation. Following the mass Isyak prayer, the ceremony proceeded with the recitation of Dikir Alhamd and concluded with the Dikir prayer and the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam led by the Mosque Affairs Officer, Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau.
This ceremony is one of the Ministry of Education's annual activities to enliven the Maulidur Rasul celebration by reciting selawat and praising the Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam as a gesture of devotion and gratitude for his contributions. Additionally, the ceremony aims to further enhance the celebration of Islamic holy days while strengthening the relationship between the officers and staff of the Ministry of Education and the mosque congregation.
Also in attendance at the ceremony were Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education, as well as members of the Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau Management Committee.
This year's Dikir Ceremony in conjunction with the celebration of the Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam for the Ministry of Education, was jointly managed by the Department of Administration and Services; the Department of Planning, Development and Research; and the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP).
___________________________________________________________________________________
MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
DI MASJID AN-NA'IM, KAMPUNG PANCHOR MENGKUBAU
Hari Isnin | 8 Rabiulawal 1447 | 1 September 2025
MENGKUBAU – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertempat di Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan.
Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada Yang Mulia Muhammad Saifullah bin Haji Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau dan diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat majlis sebagai permulaan bacaan Dikir Assalai. Selepas menunaikan solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Alhamd dan diakhiri dengan Doa Penutup Majlis Dikir yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan kesyukuran atas jasa-jasa Baginda. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau.
Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam anjuran Kementerian Pendidikan pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan; serta Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP).