DIKIR CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM CELEBRATION FOR THE MINISTRY OF EDUCATION AT PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMMED ALAM MOSQUE, KAMPUNG SENGKARAI

Sep 4, 2025

DIKIR CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM CELEBRATION FOR THE MINISTRY OF EDUCATION AT PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMMED ALAM MOSQUE, KAMPUNG SENGKARAI

Thursday | 11 Rabiulawal 1447 | 4 September 2025

 

KAMPUNG SENGKARAI – The Ministry of Education today held a Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam celebration at the Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

Dikir Sengkarai_1.png

Dikir Sengkarai_2.png

The ceremony began with the presentation of wakaf contributions from officers and staff of the Ministry of Education, handed over by the Guest of Honour to Yang Mulia Abdul Raqib bin Haji Awang, Imam of the Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai followed by a mass Maghrib prayer.

Dikir Sengkarai_4.png

The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Guest of Honour, as the start of the Dikir Assalai and Dikir Alhamd recitation. Following the mass Isyak prayer, the ceremony proceeded with the recitation of Dikir Marhaban and concluded with the Closing Prayer of the Dikir session led by the Mosque Affairs Officer, Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai.

 

This ceremony is one of the Ministry of Education's annual activities to enliven the Maulidur Rasul celebration by reciting selawat and praising the Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam as a gesture of devotion and gratitude for his contributions. Additionally, the ceremony aims to further enhance the celebration of Islamic holy days while strengthening the relationship between the officers and staff of the Ministry of Education and the mosque congregation.

 

Also in attendance at the ceremony were Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education, as well as members of the Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai Management Committee.

Dikir Sengkarai_3.png

 

This year's Dikir Ceremony in conjunction with the celebration of the Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam for the Ministry of Education, was jointly managed by the Department of Administration and Services; the Department of Planning, Development and Research; and the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP).

__________________________________________________________________________


MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

DI MASJID PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMMED ALAM, KAMPUNG SENGKARAI

Hari Khamis | 11 Rabiulawal 1447 | 4 September 2025

 

KAMPUNG SENGKARAI – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada Yang Mulia Abdul Raqib bin Hj Awang, Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai dan diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat majlis sebagai permulaan bacaan Dikir Assalai dan Dikir Alhamd. Selepas menunaikan solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Penutup Majlis Dikir yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan kesyukuran atas jasa-jasa Baginda. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.

 

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai.

 

Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam anjuran Kementerian Pendidikan pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan; serta Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP).