FULL REHEARSAL FOR THE 35TH NATIONAL TEACHERS' DAY CELEBRATION OF BRUNEI DARUSSALAM 2025
Tuesday, 30 Rabiulawal 1447 | 22 September 2025
BERAKAS – The Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs this morning held a Full Rehearsal at the International Convention Centre (ICC) to ensure the smooth execution of the 35th National Teachers' Day Celebration of Brunei Darussalam, 2025.


Present to oversee the full rehearsal were Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs, and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.


The Teachers' Day Celebration will be held on Tuesday, 23nd September 2025, at the Plenary Hall of the International Convention Centre (ICC), Berakas, with the theme 'Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi.' and the sub-theme 'Memperkasa Pendidik Menginspirasi Masa Depan Hijau'.





In line with previous years, the highlight of the Teachers' Day Celebration is the presentation of the Teachers' Day Awards, in recognition of the contributions and services of educators in the country. The celebration will also be accompanied by a Teachers' Day Exhibition, aligned with this year's celebration theme. This year's exhibition carries the theme 'The Future of Teaching: Sustainability In Education', with a concept that focuses on Education for Sustainable Development (ESD) and the Green Education Plan. The exhibition will be open until Thursday, 25 September 2025.
Also in attendance at the full rehearsal were Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Deputy Minister of Religious Affairs; Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries from both the Ministry of Religious Affairs and the Ministry of Education, as well as members of the High-Level Committee for the 35th National Teachers' Day Celebration of Brunei Darussalam 2025.
____________________________________________________
RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-35, TAHUN 2025
Hari Isnin | 30 Rabiulawal 1447 | 22 September 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada pagi ini telah mengadakan Raptai Penuh di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) bagi memastikan kelancaran Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025.
Hadir bagi menyaksikan raptai penuh tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis Sambutan Hari Guru akan diadakan pada hari Selasa, 23 September 2025 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan membawa tema “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi" serta subtema “Memperkasa Pendidik, Menginspirasi Masa Depan Hijau".
Seperti lazimnya, acara kemuncak Sambutan Hari Guru ialah majlis pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan jasa para pendidik di negara ini. Majlis sambutan akan turut diselajurkan dengan Pameran Hari Guru yang diselaraskan dengan tema sambutan tahun ini. Pameran bagi tahun ini akan membawa tema “Pengajaran Masa Hadapan: Kemampanan Pendidikan", dengan konsep pameran yang memfokuskan kepada Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development - ESD) dan Pelan Pendidikan Hijau (Green Education Plan). Pameran ini akan dibukakan hingga hari Khamis, 25 September 2025.
Turut hadir semasa raptai penuh ini ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/136 (M)
Tarikh: 30 Rabiulawal 1447 | 22 September 2025