35TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS' DAY CELEBRATION 2025
Tuesday | 1 Rabiulakhir 1447 | 23 September 2025
BERAKAS – Every 23rd September, Brunei Darussalam celebrates Teachers' Day to commemorate and appreciate the contributions of educators in the country. This celebration also serves as an effort to elevate the teaching profession, which significantly contributes to the development of the nation's human capacity. This year, the peak of Teachers' Day Celebration was held on Tuesday, 1 Rabiulakhir 1447, corresponding to 23 September 2025, at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), with the theme “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi". This year, the theme is complemented by a sub-theme focusing on “Memperkasa Pendidik Menginspirasi Masa Depan Hijau".



His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family this morning consented to attend the 35th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2025.
Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Minister of Religious Affairs and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairpersons of today's event as well as members of the 35th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2025 Executive Committee.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah dedicated to Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and teachers who have passed on. This was then followed by the reading of Doa Selamat led by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.
The event continued with the recitation of Holy Quran Verses 269 of Surah Al-Baqarah, Verse 11 of Surah Al-Mujadalah, Verse 31 of Surah Al-A'raf, Verse 41 to 42 of Surah Al-Ruum by Yang Mulia Awang Haji Md Zul-Hafiz bin Haji Tengah, Religious Education Officer, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Arabic School. Meanwhile, the translation of the verse was delivered by Yang Mulia Muhammad Fuad bin Matahir, Assistant Lecturer, Faculty of Islamic Economics and Finance, University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).



Following this, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairperson of the 35th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2025 Executive Committee delivered a welcoming speech which was then followed by a titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
This morning's event proceeded with the showcase of the Teachers' Day video clip, highlighting the commitment, dedication and compassion of teachers in guiding their students. Despite facing various challenges, the support and guidance of teachers have remained a source of strength, enabling students to successfully complete their educational journey, in line with the nation's aspirations towards achieving Brunei Vision 2035.
The event was further enlivened by a main performance featuring a medley of songs titled “Guru Oh Guru", “Jasamu Guru" and “Terima Kasih Cikgu", followed by the 35th Teachers' Day song titled “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari Dan Inovasi". The performance was a collaboration of 32 students from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Rendah Beribi Telanai and Seri Mulia Sarjana School.

His Majesty then consented to present the 35th Teachers' Day 2025 Awards to 1 recipient of the Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) Education Award, 4 Meritorious Teacher Award recipients, 9 Excellent Teacher Award recipients and 30 Special Mention Teachers' Day Appreciation Award recipients.
At the end of the event, His Majesty and members of the Royal Family consented to a photo session with the award recipients and members of the 35th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2025 Executive Committee.

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, then graciously officiate the launch of the guidebook entitled 'GenAI Guidance for Education'. The guidebook outlines how artificial intelligence (AI) can reinforce teaching, learning, and educational administration, founded upon the nation's values and identity, with ethics remaining a fundamental principle that must never be overlooked. This guide has been developed based on the insights of local educators, in alignment with national strategies, and guided by global best practices. It also provides practical tools and examples that can be readily applied by educational institutions. Moreover, the guidebook aims to ensure that Brunei Darussalam's education system remains prepared for future challenges in an ethical, resilient, and upholding the identity of Brunei Darussalam. The shared goal is to develop an education system that is future-ready, harnessing AI with confidence and integrity – protecting Brunei's identity, empowering educators, and helping students learn more effectively.

His Majesty also viewed an exhibition in conjunction with the 35th Brunei Darussalam Teachers' Day Celebration 2024 at the Lobby of ICC. The theme of this year's exhibition is “The Future of Teaching: Sustainability in Education", with the concept focusing on Education for Sustainable Development (ESD) and Green Education Plan, involving students from primary and secondary schools, vocational and technical institutions, as well as higher education. It comprises two sections aligned with this year's theme as follows:
1) Centerpiece Section
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graciously consented to view the exhibition showcasing Excerpts from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Titah and Poetry (Syair) of Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
2) Exhibition Section
Showcasing the various key roles at all levels, from the primary to higher education, in implementing initiatives towards Educational Sustainability, in support of Education for Sustainable Development (ESD) and the Green Education Plan of the Ministry of Education.
Before departing from the International Convention Centre, His Majesty also consented to a Junjung Ziarah from teachers, students, and participants from various levels of education and institutions, as well as performance participants.


______________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
KE-35, TAHUN 2025
Hari Selasa | 1 Rabiulakhir 1447 | 23 September 2025
BERAKAS – Setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia negara. Pada tahun ini, Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada hari Selasa, 1 Rabiulakhir 1447 bersamaan 23 September 2025 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) dengan tema 'Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi.' Pada tahun ini, tema sambutan ditambah dengan subtema yang memfokuskan kepada 'Memperkasa Pendidik Menginspirasi Masa Depan Hijau'.
Pada pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.
Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah Ayat 269, Surah Al-Mujadalah Ayat 11, Surah Al-A'raf Ayat 31 dan Surah Al-Ruum Ayat 41-42, oleh Yang Mulia Awang Haji Md Zul-Hafiz bin Haji Tengah, Pegawai Pendidikan Ugama, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Manakala intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Fuad bin Matahir, Penolong Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Seterusnya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025 menyembahkan sembah alu-aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Majlis pagi ini diteruskan dengan tayangan klip video Hari Guru yang menampilkan komitmen, dedikasi dan kasih sayang para guru dalam membimbing pelajar. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, sokongan serta bimbingan para guru terus menjadi sumber kekuatan sehingga membolehkan para pelajar berjaya menamatkan perjalanan pendidikan mereka, sejajar dengan aspirasi negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.
Majlis turut diserikan dengan persembahan utama iaitu nyanyian Kompilasi Lagu-Lagu Medley bertajuk “Guru Oh Guru", “Jasamu Guru" dan “Terima Kasih Cikgu", diikuti dengan Lagu Hari Guru Ke-35 yang bertajuk “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi". Persembahan berkenaan merupakan gabungan seramai 32 pelajar dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Rendah Beribi Telanai dan Seri Mulia Sarjana School.
Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-35, Tahun 2025 kepada para penerima yang terdiri daripada seorang penerima Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS), 4 orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 9 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 30 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).
Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya dijunjung menyempurnakan pelancaran buku panduan bertajuk 'GenAI Guidance for Education'. Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana kecerdasan buatan (AI) dapat memperkukuh pengajaran, pembelajaran, dan pentadbiran pendidikan, dengan berlandaskan nilai serta jati diri negara, di mana etika sentiasa menjadi asas yang tidak boleh diketepikan. Panduan ini dibangunkan berdasarkan pandangan para pendidik tempatan, selari dengan strategi nasional, serta dipandu oleh amalan terbaik di peringkat global. Ia turut menyediakan alat dan contoh praktikal yang boleh terus digunakan oleh institusi pendidikan. Selain itu, buku panduan ini bertujuan memastikan pendidikan kekal bersedia menghadapi masa depan dengan cara yang beretika, berdaya tahan, dan berpaksikan identiti Negara Brunei Darussalam. Matlamat bersama adalah membina satu sistem pendidikan yang bersedia untuk masa depan, menggunakan AI dengan yakin dan beretika – melindungi identiti Brunei, memperkasakan pendidik, serta membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan berangkat menyaksikan pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-35, Tahun 2025 di Ruang Legar. Tema pameran bagi Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Pengajaran Masa Hadapan: Kemampanan Pendidikan", dengan konsep pameran yang memfokuskan kepada Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development - ESD) dan Pelan Pendidikan Hijau (Green Education Plan) yang melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah, menengah, institusi vokasional dan teknikal serta pengajian tinggi, yang menjurus kepada 2 bahagian selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu seperti berikut:
- Ruang Centrepiece
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan pameran Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
- Ruang Pameran
Memaparkan pelbagai peranan penting, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam melaksanakan inisiatif ke arah Kemampanan Pendidikan bagi mendokong Education for Sustainable Development (ESD) dan Pelan Pendidikan Hijau, Kementerian Pendidikan.
Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa dan siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/137 (M)
Tarikh: 1 Rabiulakhir 1447 | 23 September 2025