THE BETT ASIA 2025

Oct 2, 2025

THE BETT ASIA 2025


Kuala Lumpur – The Ministry of Education Negara Brunei Darussalam was invited to attend the Bett Asia 2025 held from 01 to 02 October 2025 at the Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bett 2025_1.png

Chaired by Hyve Group, Bett Asia is held annually and serves as a leading regional platform for education leaders, policymakers, and industry experts to exchange knowledge, explore solutions, and shape the future of education in the Asia-Pacific.

 

Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education, Brunei Darussalam, attended the Official Opening of Bett Asia 2025, which was officiated by Mr. Duncan Verry, Portfolio Director of Bett, Hyve Group; The Honourable Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Deputy Minister of Higher Education, Malaysia; and His Excellency Ajay Sharma, British High Commissioner to Malaysia. The opening set the tone for the summit, highlighting the importance of innovation, collaboration, and visionary leadership in driving education forward.

Bett 2025_2.png 

As part of the summit, Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar also joined the Ministerial Perspectives Panel Discussion, “Learning to Innovate," which convened senior officials and education ministers to reflect on how leaders can foster innovation in systems that are often risk-averse, structurally rigid, and politically sensitive.

 

In his remarks, he explored how to build capacity for innovation through teacher-first and leadership approaches, and how equity in education can be strengthened with Smart Classrooms, digital platforms, and nationwide AI-readiness initiatives.

 

In a Q&A, YM Pengiran Dr Mohammad Iskandar also highlighted Brunei's newly launched GenAI Guidance for Education, emphasising that clear guidance and strong policy are key to enabling meaningful innovation in schools.

 

Bett Asia 2025 provided a valuable platform for Brunei Darussalam to share its national initiatives while learning from the diverse experiences of other education systems across the region.

 

The Ministry of Education reaffirms its commitment to advancing Brunei Darussalam's education system in line with Wawasan Brunei 2035 and the global Education 2030 agenda, ensuring learners are equipped with the knowledge, skills, and values to thrive in a rapidly changing world.


________________________________________________________________________


THE BETT ASIA 2025

 

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah dijemput untuk menghadiri Bett Asia 2025 yang berlangsung pada 01 hingga 02 Oktober 2025 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Dipengerusikan oleh Hyve Group, Bett Asia diadakan setiap tahun dan berperanan sebagai platform serantau utama bagi para pemimpin pendidikan, penggubal dasar, serta pakar industri untuk berkongsi pengetahuan, meneroka penyelesaian, dan membentuk hala tuju masa depan pendidikan di Asia Pasifik.

 

Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, turut menghadiri Majlis Perasmian Rasmi Bett Asia 2025, yang telah disempurnakan oleh Mr. Duncan Verry, Pengarah Portfolio Bett, Hyve Group; Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia; serta Tuan Yang Terutama Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia. Majlis tersebut membuka tirai persidangan dengan menekankan kepentingan inovasi, kerjasama, dan kepimpinan berwawasan dalam memacu kemajuan pendidikan.

 

Sebagai sebahagian daripada persidangan ini, Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar juga menyertai Sesi Panel Perspektif Menteri bertajuk “Learning to Innovate", yang menghimpunkan pegawai kanan dan menteri pendidikan untuk membincangkan bagaimana pemimpin dapat memupuk inovasi dalam sistem yang sering bersifat berhati-hati, kaku dari segi struktur, dan sensitif dari segi politik.

 

Beliau menekankan bagaimana kapasiti untuk berinovasi dapat dibangunkan melalui pendekatan berfokuskan guru dan kepimpinan, serta bagaimana ekuiti dalam pendidikan dapat diperkukuhkan melalui Smart Classrooms, platform digital, dan inisiatif kesiapsiagaan AI di peringkat kebangsaan.

 

Dalam sesi soal jawab, Yang Mulia Pengiran Dr Mohammad Iskandar turut menekankan pelancaran buku GenAI Guidance for Education dengan menegaskan bahawa panduan yang jelas dan dasar yang kukuh adalah kunci untuk membolehkan inovasi yang bermakna di sekolah.

 

Bett Asia 2025 telah menjadi platform yang bernilai bagi Negara Brunei Darussalam untuk berkongsi inisiatif nasional sambil memperoleh manfaat daripada pengalaman pelbagai sistem pendidikan di rantau ini.

 

Kementerian Pendidikan menegaskan komitmennya untuk memperkukuh sistem pendidikan Negara Brunei Darussalam sejajar dengan Wawasan Brunei 2035 dan agenda global Education 2030, agar para pelajar dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai murni untuk berjaya dalam dunia yang pesat berubah.