6TH PRINCESS MAHA CHAKRI AWARD (PMCA) CEREMONY, BANGKOK, THAILAND

Oct 15, 2025

6TH PRINCESS MAHA CHAKRI AWARD (PMCA) CEREMONY,

BANGKOK, THAILAND

Wednesday |23 Rabiulakhir 1447 | 15 Oktober 2025

 

BANGKOK, THAILAND – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 6th Princess Maha Chakri Award (PMCA) Ceremony on 15 October 2025 in Bangkok, Thailand.

MCA252.jpg 

MCA253.jpg

The award ceremony was graced by Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn. The PMCA is held every two years to recognise outstanding teachers and to elevate the teaching profession. The award also recognises teachers who have successfully transformed students' lives and made a significant impact to the community.

 

This year, the awards were presented to school leaders and teachers from 14 countries, namely Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Singapore, Thailand and Viet Nam and Timor-Leste. For the first time, the award has also been extended to include three new countries namely Bangladesh, Bhutan, and Mongolia.

 MCA251.jpg

This year's PMCA recipient from Brunei Darussalam is Yang Mulia Dayang Shahrifah Haji Mohd Shahlan, a teacher from Pusat Tingkatan Enam Sengkurong who has served with distinction for 22 years. She has pioneered an innovative teaching and learning approach known as “Blended Experiential Learning", which has had a significant impact on enhancing her students' academic performance. This approach has been developed into a comprehensive training programme and lesson planning framework, now implemented nationwide across Brunei Darussalam. She has been the recipient of various prestigious awards including the Excellent Teacher Award in conjunction with the 33rd Teachers' Day Celebration in 2023 and the Special Mention Award during the 30th Teachers' Day Celebration in 2010. Internationally, she has also been recognised with accolades such as the Microsoft Innovative Teachers Award, Google Educator Certification, and the winner of the 6th Asia-Pacific Regional Innovation Education Forum in Singapore in 2010.

 

During the ceremony, she also participated in a forum session where she shared insights on the importance of blended experiential learning to nurture future-ready learners and highlighted the pivotal role of teachers as catalysts for active and effective learning.

 

Also attending the ceremony were officers from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

____________________________________________________

MAJLIS PENGANUGERAHAN PUTERI MAHA CHAKRI (PMCA) KALI KE-6,

BANGKOK, THAILAND

Hari Rabu, 23 Rabiulakhir 1447 | 15 Oktober 2025

 

BANGKOK, THAILAND – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Majlis Penganugerahan Puteri Maha Chakri (Princess Maha Chakri Award, PMCA) kali ke-6 pada 15 Oktober 2025 di Bangkok, Thailand.

 

Majlis penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn. PMCA diadakan setiap dua tahun untuk mengiktiraf guru-guru cemerlang dan memartabatkan profesion perguruan. Anugerah ini turut menghargai guru-guru yang berjaya mengubah kehidupan pelajar dan memberi impak yang signifikan kepada komuniti.

 

Pada tahun ini, anugerah ini diberikan kepada para pemimpin dan guru dari 14 buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Viet Nam dan Timor-Leste. Buat julung kalinya, anugerah ini turut diperluaskan kepada tiga buah negara baharu, iaitu Bangladesh, Bhutan dan Mongolia.

 

Penerima PMCA dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Dayang Shahrifah Haji Mohd Shahlan, seorang guru daripada Pusat Tingkatan Enam Sengkurong yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran inovatif yang dinamakan “Blended Experiential Learning" yang telah memberikan impak signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajarnya. Pendekatan tersebut telah dikembangkan menjadi program latihan yang komprehensif dan rangka kerja perancangan pengajaran yang kini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Negara Brunei Darussalam. Beliau telah menerima pelbagai anugerah berprestij termasuk Anugerah Guru Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru ke-33 pada tahun 2023 dan Anugerah Penghargaan (Special Mention) sempena Sambutan Hari Guru ke-30 pada tahun 2010. Selain itu, beliau turut menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Microsoft Innovative Teachers Award serta pensijilan Google Educator dan pemenang 6th Asia Pacific Regional Innovation Education Forum di Singapura pada tahun 2010.

Semasa majlis tersebut, beliau turut menyertai sesi forum di mana beliau telah mengongsikan tentang kepentingan “blended experiential learning" dalam memupuk “future-ready learners", serta peranan guru sebagai pemangkin kepada pembelajaran yang aktif dan berkesan.

 

Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.


Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/146 (M)

Tarikh:       23 Rabiulakhir 1447 | 15 Oktober 2025​